Roti Susu

“Pakai tudung, tapi..” Netizen Minta Shaheizy Sam Padam Foto Syatilla Melvin “Pakai tudung, tapi..” Netizen Minta Shaheizy Sam Padam Foto Syatilla Melvin
Pelakon popular Shaheizy Sam telah mengejutkan para pengikut di laman Instagram miliknya apabila memuatnaik foto bersama isterinya, Syatilla Melvin. Menerusi muatnaik terbaru itu, Syatilla... “Pakai tudung, tapi..” Netizen Minta Shaheizy Sam Padam Foto Syatilla Melvin

Pelakon popular Shaheizy Sam telah mengejutkan para pengikut di laman Instagram miliknya apabila memuatnaik foto bersama isterinya, Syatilla Melvin.

Menerusi muatnaik terbaru itu, Syatilla dilihat beraksi dengan kedua-dua tangannya di dada membuatkan netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Satu hal plak nak kena melayan diaorg ni shoot utk youtube. Content apa korang rasa ni?”

Rata-rata para pengikut Sam menasihatinya untuk memadam gambar tersebut kerana boleh mendatangkan ftnah.

“Mendatangkan fitnah. Delete le”

“Assalamualaikum…maaf kalau saya cakap ni…delete lah post ni takut nanti MCM ii ftnah dorg buat… untuk elakkan terjadi nye bnde tu..baik abg delete post ni”

Sebelum ini, nama kedua-dua pasangan ini disebut netizen kerana tular di media sosial, sebuah gambar katil yang patah dengan pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam serta foto tangan bergari.

Menerusi kemas kini akaun Instagram Syatilla, Sam kelihatan terbaring sementara tangan kirinya masih bergari.

Manakala Syatilla pula tersenyum lebar di bucu katil sambil memakai baju tidur. Menurut Syatilla, situasi itu hasil penangan daripada jamu yang diamalkannya sejak akhir-akhir ini.

Berikut di bawah adalah gambar dan kapsyen yang mengundang kecaman netizen:

Menurut laporan mStar, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.

“Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif.

“Ikut pada pandangan individu itu macam mana. “Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut.

Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.

“Tiada niat untuk buat sesuatu yang nampak luc*h. Tapi kalau dah netizen pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing, ” katanya. – Yoy.My

Shares