Roti Susu

Nur Sajat Di Katakan Sudah Di Bawa Keluar Dari Mekah Nur Sajat Di Katakan Sudah Di Bawa Keluar Dari Mekah
Susulan tindakannya berpakaian wanita dan bertelekung di Mekah hangat diperkatakan, agensi yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa... Nur Sajat Di Katakan Sudah Di Bawa Keluar Dari Mekah

Susulan tindakannya berpakaian wanita dan bertelekung di Mekah hangat diperkatakan, agensi yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, mereka terpaksa mengambil tindakan terbabit berikutan isu tersebut menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

Agensi itu juga mendakwa pihaknya sukar mendapat kerjasama daripada Sajat dan sebarang perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.

“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.

“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” katanya kepada BH Online.

Menurut agensi itu lagi, pihaknya turut meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menimbulkan kekecohan dengan tindakannya memakai telekung semasa mengerjakan umrah.

“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air. Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.

Dalam pada itu, Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.

Difahamkan, petang ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat. – Rotikaya.com

Shares