Roti Susu

Norhidayah Ambil Alih Instagram Peribadi Arwh Abam Bocey. Dia Jelaskan Kenapa Dia Ambil Alih Norhidayah Ambil Alih Instagram Peribadi Arwh Abam Bocey. Dia Jelaskan Kenapa Dia Ambil Alih
BALU Allahyrham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah mengambil alih dan mengendalikan akaun Instagram peribadi arwh yang kini memiliki sebanyak lebih 2.5 juta pengikut.... Norhidayah Ambil Alih Instagram Peribadi Arwh Abam Bocey. Dia Jelaskan Kenapa Dia Ambil Alih

BALU Allahyrham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah mengambil alih dan mengendalikan akaun Instagram peribadi arwh yang kini memiliki sebanyak lebih 2.5 juta pengikut.

Nor Hidayah memberitahu perkara itu menerusi satu posting dengan memuat naik foto anak mereka Syed Uthman Hamzah pada Khamis.

Hidayah memberitahu bahawa akaun itu akan digunakan untuk memuat naik perkembangan terkini berkaitan anak lelakinya itu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata tindakan itu juga bagi mengelakkan akaun itu dilupuskan pihak Instagram jika didapati tidak aktif.

Nor Hidayah juga memberitahu bahawa nama akaun itu masih mengekalkan nama asal iaitu @abam_bocik.

” Assalamualaikum, kepada semua pengikut Allahyarham Syed Umar Mokhtar.

” Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam,” tulisnya.

” Saya akan beritahu mengenai perkembangan anak kami di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah.

” Terima kasih kepada semua atas doa untuk Hamzah dan memberikan kata semangat untuk kami,” katanya.

” Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik untuk sementara waktu ini sementara menunggu pertukaran nama pengguna baru yang akan diluluskan oleh pihak instagram,” jelasnya. – KLV

Shares