Roti Susu

Nora Danish Doakan Zizan Razak Jumpa Jodoh Paling Sesuai Nora Danish Doakan Zizan Razak Jumpa Jodoh Paling Sesuai
SEMPENA ulang tahun kelahiran Zizan Razak yang ke 36 tahun pada Rabu, pelakon Nora Danish memberi ucapan istimewa kepada pelawak itu yang sudah dianggap... Nora Danish Doakan Zizan Razak Jumpa Jodoh Paling Sesuai

SEMPENA ulang tahun kelahiran Zizan Razak yang ke 36 tahun pada Rabu, pelakon Nora Danish memberi ucapan istimewa kepada pelawak itu yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif turut meluahkan rasa syukur mempunyai seorang sahabat yang sentiasa menceriakanya dan gembirakan orang lain.

Nora beri ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Zizan. “Inilah dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ini sebab selalu gembirakan orang.

“InsyaAllah, Alhamdulillah dan hari ini hari lahir awak pula Zizan Razak. Happy birthday my friend, semoga Allah murahkan lagi rezeki you berlipar ganda lagi.

“Semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan paling penting buat masa sekarang ini. Semoga jumpa jodoh yang paling sesuai dan serasi buat you.

“Biarlah ia kekal hingga jannah. Siap dah wish awal-awal. Kalau saya ada adik dah lama kahwinkan dengan awak Zizan. Awak seorang yang baik,” katanya.

Nora Danish

Zizan dan Nora Danish pernah bekerjasama menerusi filem Polis Evo 2. Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu memuat naik status tersebut dengan bersertakan video Zizan di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir dan terhibur dengan video pelawak terkenal itu.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Zizan turut mendoakan dirinya menjadi insan yang lebih berjaya dan dipertemukan jodoh yang baik serta kekal hingga ke jannah.

“Happy birthday Zizan Razak. Semoga menjadi insan yang lebih cemerlang dan berjaya. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

“Yang paling penting dipercepatkan jodoh yang baik dan kekal hingga ke Jannah. Amin,” tulis Zizan. – Mstar

Shares