Roti Susu

Nombor Akaun Bank Balu Abam Tersebar! Apa Yang Berlaku? Nombor Akaun Bank Balu Abam Tersebar! Apa Yang Berlaku?
ABANG kepada b4lu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Azmier mengesahkan nombor akaun bank yang dimuat naik seorang individu di laman Instagram,... Nombor Akaun Bank Balu Abam Tersebar! Apa Yang Berlaku?

ABANG kepada b4lu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Azmier mengesahkan nombor akaun bank yang dimuat naik seorang individu di laman Instagram, hari ini adalah milik adiknya.

Azmier berkata, pihaknya memberikan nombor akaun itu selepas ada pihak bertanya dan mahu memberikan sumbangan.

“Betul, ia nombor akaun adik saya, Hidayah. Ada orang minta sebab ingin memberi sumbangan.

“Jadi, kami bagi nombor akaun baru. Segala sumbangan masuk terus ke akaun itu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pengguna laman IG memuat naik status dengan menyatakan nombor akaun (Public Bank) Siti Nurhidayah.

“Assalamualaikum, atas nasihat bank, sahabat kita Dayah atau Siti Nurhidayah (balu Allahy4rham Abam) telah membuka satu akaun baharu untuk sebarang sumbangan kepada Dayah dan anaknya Hamzah.

“Sekali saya tegaskan, ini adalah atas inisiatif saya sendiri dan tanpa paksaan. Dan juga saya tak paksa mana-mana individu yang nak bersedekah. Jelas? Tiada isu,” tulis pengguna IG itu. Sumber : HM

Shares