Roti Susu

Netizen Terkejut Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tular Netizen Terkejut Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tular
Pelakon yang semakin mencipta nama, Hun Haqeem atau lebih dikenali sebagai Jekfer di dalam drama Kampung People menggemparkan peminat dan pengikutnya baru-baru ini apabila... Netizen Terkejut Video Lucah Mirip Hun Haqeem Tular

Pelakon yang semakin mencipta nama, Hun Haqeem atau lebih dikenali sebagai Jekfer di dalam drama Kampung People menggemparkan peminat dan pengikutnya baru-baru ini apabila tular satu video lucah mirip dirinya, disebarkan di laman sosial sebuah akaun porno di Twitter.

Video berdurasi 42 saat itu, disebarkan oleh seorang pemilik akaun tidak bertanggungjawab yang memaparkan seorang lelaki mirip Hun, berada dalam keadaan tidak berbaju sambil sedang merakam dirinya dan melakukan sesuatu yang kurang sopan.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman sosial di Twitter turut terkejut dengan video yang tular mirip Hun itu. Ada pihak yang beranggapan pelakon itu menjadi mangsa ‘super-imposed’ dan ada yang beranggapan, ada individu yang dengki dengannya disebabkan nama pelakon itu semakin meningkat naik.

Meninjau ke ruangan laman sosial pelakon itu, Hun hanya memuat naik update mengenai drama lakonannya dan setakat ini tidak memberi apa-apa kenyataan online.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan adalah Hun atau pelanduk dua serupa. Tetapi menurut sumber yang dipercayai, Hun menidakkan dakwaan lelaki itu adalah dirinya dan mengatakan itu adalah ‘edit’ semata-mata.

Kami di Hot FM berharap hun terus kuat dan jika benar itu dirinya, anggap ini satu ujian untuk segala kekhilafan sebelum ini. Stay strong Hun, you got this! – Hot FM

Shares