Roti Susu

Netizen Puji Anak Rihana Oksana, Makin Terserlah Muka Melayu Netizen Puji Anak Rihana Oksana, Makin Terserlah Muka Melayu
Tahun lalu hangat diperkatakan netizen mengenai bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana dan anak lelakinya, Ismail Leon. Malah, hubungannya dengan Sultan Kelantan, masih menjadi tanda... Netizen Puji Anak Rihana Oksana, Makin Terserlah Muka Melayu

Tahun lalu hangat diperkatakan netizen mengenai bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana dan anak lelakinya, Ismail Leon. Malah, hubungannya dengan Sultan Kelantan, masih menjadi tanda tanya, namun Leon sering disebut menjadi pewaris takhta.

Baru-baru ini, Oksana ada memuat naik foto Leon yang kini sudah berusia setahun 5 bulan. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Oksana meskipun bergelar ibu tunggal dan membesarkan anaknya sendirian.

Melihatkan wajah Leon, rata-rata netizen mengatakan semakin lama makin terserlah wajah orang Melayu. Malah, ramai yang memuji wajah Leon yang kacak meskipun masih kecil lagi.

Dalam pada itu, ada segelintir tertanya-tanya tentang agama Leon sama ada dia akan membesar sebagai seorang Muslim.

Sebelum ini Oksana pernah menjawab pertanyaan netizen dimana dia tidak menetapkan mengenai status agama Leon dan menyerahkan sendiri keputusan itu kepada anaknya apabila dewasa kelak.

Oktober tahun lalu, Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Ia selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon. Dalam pada itu, Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

Sumber: Rotikaya.com

Shares