Roti Susu

Netizen nasihat Aeril Zafrel jangan tunjuk kekayaan di media sosial, takut SPRM cari Netizen nasihat Aeril Zafrel jangan tunjuk kekayaan di media sosial, takut SPRM cari
Sejak kebelangan ini, isu selebriti di panggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan daripada mempunyai kaitan dengan individu menjadi dalang Macau Scam di Malaysia telah... Netizen nasihat Aeril Zafrel jangan tunjuk kekayaan di media sosial, takut SPRM cari

Sejak kebelangan ini, isu selebriti di panggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan daripada mempunyai kaitan dengan individu menjadi dalang Macau Scam di Malaysia telah tular di media sosial.

Artis tersebut yang dikatakan sering memperlihatkan kemewahan di laman sosialnya telah mengundang pelbagai persepsi negatif netizen walaupun selebriti itu sememangnya mengusahakan perniagaan minuman.

Oleh hal yang demikian, pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Bergambar depan syarikat

Nak kena panggil SPRM ke

Jangan tunjuk sangat nanti SPRM cari

Kami percaya kamu Halalan Toyiban

Walau bagaimanapun, kebanyakkan netizen mempercayai bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka sehingga mampu meraih pendapatan yang besar.

Mereka juga mengakui terinspirasi dengan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan mendoakan mereka kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Raja Tik Tok mestilah kaya

Semoga berkekalan hingga ke Jannah

Sumber: Aeril Zafrel / ohmymedia

Shares