Roti Susu

Netizen Mahu Sajat Contohi Safiey Illias, Kembali Ke Fitrah Asal Di Mekah Netizen Mahu Sajat Contohi Safiey Illias, Kembali Ke Fitrah Asal Di Mekah
Masih rancak diperkatakan mengenai kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman bertelekung ketika menunaikan umrah, ramai yang meluahkan rasa berang... Netizen Mahu Sajat Contohi Safiey Illias, Kembali Ke Fitrah Asal Di Mekah

Masih rancak diperkatakan mengenai kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman bertelekung ketika menunaikan umrah, ramai yang meluahkan rasa berang dengan tindakan usahawan itu yang seakan mempersendakan agama.

Malah ramai yang meluahkan rasa sedih dengan tindakan berani Sajat itu yang sanggup melakukan sedemikian serta tidak menghormati tempat ibadah. Tidak kurang juga, ada netizen yang membandingkan Sajat dengan seorang lagi usahawan kosmetik, Safiey Illias.

Netizen turut meminta Sajat untuk mencontohi Safiey yang tetap menunjukkan contoh yang baik apabila dia kembali ke fitrah asalnya apabila ke Tanah Suci dengan mengenakan ihram dan berpenampilan seperti lelaki semasa menunaikan umrah.

Kata netizen lagi, sekurang-kurangnya Safiey menjadi lelaki ketika melakukan umrah dan tidak mempersendakan agama seperti dilakukan Sajat.

Namun begitu, ada netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat Safiey kini sudah kembali menyerupai seorang wanita. Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar Safiey diberikan petunjuk dan hidayah agar kembali ke jalan yang benar.

Terdahulu, Sajat berkata isu atau caranya berpakaian adalah urusannya dengan Allah. Apa yang penting adalah niatnya ke sana untuk menunaikan umrah dan berjumpa dengan pencipta. – Rotikaya.com

Shares