Roti Susu

Nama serupa, ibu pula peminat tegar… Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza Nama serupa, ibu pula peminat tegar… Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza
TIDAK sia-sia si ibu menginspirasikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk nama anaknya, siapa sangka penyanyi tersohor itu terbuka hati untuk memberikan hadiah buat... Nama serupa, ibu pula peminat tegar… Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza

TIDAK sia-sia si ibu menginspirasikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk nama anaknya, siapa sangka penyanyi tersohor itu terbuka hati untuk memberikan hadiah buat si empunya nama serupa atas kejayaan cemerlang memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Remaja itu, Siti Nurhaliza M Saidin agak terkejut selepas menerima mesej daripada wakil syarikat produk kosmetik penyanyi popular itu. Mesej tersebut dihantar menerusi akaun Twitter pelajar itu @loeygranger pada Jumaat.

“Hi @loeygranger aka Siti Nurhaliza. Tahniah atas pencapaian cemerlang daripada @CTNurhaliza11 dan Beausiti Team! Kami nak bagi hadiah boleh?” tulis @BeausitiMY.

“Tahniah Adik Siti Nurhaliza atas pencapaian cemerlang! Nantikan hadiah istimewa dari @CTNurhaliza11 @SimplySitiSB @BeausitiMY buat adik dan ibu adik Two hearts! semoga terus sukses selalu,” tulis @SimplySitiSB, dengan kedua-duanya membuat pautan pada akaun rasmi Twitter Siti Nurhaliza.

@CTNurhaliza11 merujuk kepada akaun Twitter Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai 2.5 juta pengikut.

Remaja berkenaan, Siti Nurhaliza berkata, pada mulanya dia menerima mesej di Twitter daripada wakil ejen yang menawarkan diskaun dan hadiah istimewa sekiranya berminat untuk mencuba produk kecantikan.

Siti yang berusia 18 tahun itu kemudian menerima mesej daripada syarikat itu sendiri menerusi akaun Instagramnya.“Saya rasa terkejut ‘gila’ sebab itu wakil daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang legenda di Malaysia. Macam tak percaya pun ada masa tu.

“Saya beritahu kepada keluarga terutama ibu, mereka semua tumpang gembira. Saya dan mak berpelukan apabila dapat tahu tentang kejutan ni,” katanya kepada mStar.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek di Pulau Tioman, Pahang itu memberitahu dia merupakan peminat Siti Nurhaliza meskipun belum berpeluang menemui bintang tersohor itu secara dekat.

“Lagu Siti Nurhaliza yang paling suka adalah Cahaya Cinta, yang saya mula dengar dan nyanyi sejak kecil lagi.Moga suatu hari nanti saya berpeluang untuk bertemu atau menyaksikan persembahan beliau secara dekat

“Ibu pun peminat tegar Siti Nurhaliza, sampai pergi tengok konsert lagi. Tapi masa tu saya belum lahir lagi. Jadi, bila mak dapat tahu saya dapat kejutan ni, mak kata untunglah dapat hadiah daripada Siti Nurhaliza,” ujar anak tunggal itu.

Menurut Siti, dia sudah memberi maklum balas kepada pihak berkenaan dan dimaklumkan pihak mereka dalam proses untuk menguruskan pemberian hadiah tersebut.

Siti Nurhaliza (kiri) bersama ibunya yang teruja dengan kejutan daripada pihak penyanyi popular itu.Namun anak tunggal itu memberitahu, sekiranya diberikan peluang, dia turut berharap untuk turut mendapatkan tandatangan daripada penyanyi itu.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan wakilnya di atas kesudian untuk memberikan hadiah kepada saya sempena keputusan SPM ini. Saya amat bersyukur.

“Beliau seorang penyanyi yang amat disegani. Moga suatu hari nanti saya berpeluang untuk bertemu atau menyaksikan persembahan beliau secara dekat,” katanya yang merancang untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan. – Mstar

Shares