Roti Susu

Nak Ambil Ibu Balik Dari Berniaga, Budak Darjah 6 Dirogol Dengan Lima Lelaki Nak Ambil Ibu Balik Dari Berniaga, Budak Darjah 6 Dirogol Dengan Lima Lelaki
Lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan pagi tadi kerana disyaki merogol seorang murid tahun enam di Dungun pada 29 Sept lepas. Ketua... Nak Ambil Ibu Balik Dari Berniaga, Budak Darjah 6 Dirogol Dengan Lima Lelaki

Lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan pagi tadi kerana disyaki merogol seorang murid tahun enam di Dungun pada 29 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis Sabtu lalu.

Nak ambil ibu balik berniaga

Dalam kejadian 29 Sept lepas, kira-kira pukul 9 malam, mangsa yang sedang menunggang motosikal berseorangan untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam.

“Tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal dinaiki dua suspek yang mengarahkan mangsa memberhentikan motosikalnya…”

Rampas telefon elak minta tolong

Baharuddin berkata ketika kejadian salah seorang suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa bagi mengelakkan mangsa daripada meminta bantuan.

“Salah seorang suspek yang dikenali mangsa kemudiannya menunggang motosikal milik mangsa dan membawa mangsa bersamanya ke sebuah ladang sawit sebelum merogol mangsa bersama empat rakannya yang lain…”

Menurut beliau, kejadian itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya yang bertukar murung, sebelum mangsa menceritakan kejadian tersebut dan dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Kesemua suspek direman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.

Sumber: Ohmymedia

Shares