Roti Susu

Najib Razak Kurang Setuju Dengan PM 8 Tentang Kelonggaran P K P, Ini Sebabnya Najib Razak Kurang Setuju Dengan PM 8 Tentang Kelonggaran P K P, Ini Sebabnya
Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah buat keputusan untuk melonggarkan PKP pada 4hb Mei 2020. Bekas Perdana Menteri, Dato Seri... Najib Razak Kurang Setuju Dengan PM 8 Tentang Kelonggaran P K P, Ini Sebabnya

Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah buat keputusan untuk melonggarkan PKP pada 4hb Mei 2020. Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah menyuarakan pendapat kurang setuju dengan rancangan kerajaan Muhyiddin Yasin. Jom baca.

Hari ini negara kita rekodkan 69 kes C0vi19 baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh. Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus C0vid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan.

Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?

Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat. Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal. Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita.

Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai?

Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longgarkan l0ckdown, kes jangkitan meningkat mendadak. Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.

Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.

Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?

Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.

Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?

Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar Rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing semasa di tempat-tempat umum.

Najib Razak

Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam.

Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing. Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini. Sumber : Najib Razak

Shares