Roti Susu

Nafi Pernah Hamil, Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut Nafi Pernah Hamil, Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut
Bekas isteri jurusolek popular Datuk Alha Alfa, Noor Azlin Ismail membuka mulut mengenai kontroversi perceraian mereka. Menerusi laman Instagram miliknya, @arelin_ismail, wanita berusia 24... Nafi Pernah Hamil, Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut

Bekas isteri jurusolek popular Datuk Alha Alfa, Noor Azlin Ismail membuka mulut mengenai kontroversi perceraian mereka.

Menerusi laman Instagram miliknya, @arelin_ismail, wanita berusia 24 tahun itu seakan meluahkan rasa hatinya di entri terbaru.

“Yang dihidang untuk mata, tak sama dengan yang bakal dirasa dengan lidah,” tulisnya.Rata-rata pengikutnya meniupkan kata-kata semangat kepada Azlin di ruangan komen entri terbabit.

Di ruangan yang sama, Azlin turut menafikan dirinya hamil dengan membalas komen salah seorang pengikutnya.“Alahan pembawakan ke Datin… Sabar ya,” tulis @ezatyeza.“Tak adalah, saya tak pernah mengandung,” jawab Azlin ringkas.Ia sekaligus menafikan kenyataan Alha sebelum ini yang mendakwa Azlin pernah mengalami keguguran.

Di ruangan Instagram Stories pula, Azlin berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya di saat getir ini.

“Ya Allah, banyaknya orang DM, WhatsApp comment bagi kata-kata semangat untuk Alin.“Terima kasih sangat-sangat. Yang mana tak balas, Alin minta maaf tapi Alin baca satu-satu ya.

“Doakan Alin yang baik-baik ya. Amin,” tulis Azlin.Alha, 32 dan Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September 2019 selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.-Sumber

Shares