Roti Susu

“Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas” – Nabila Huda kematian nenek “Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas” – Nabila Huda kematian nenek
BUNTU dan tidak dapat menahan kesedihan, pelakon Nabila Huda berkongsi berita sedih apabila neneknya Indon Ramli menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu. Nabila atau... “Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas” – Nabila Huda kematian nenek

BUNTU dan tidak dapat menahan kesedihan, pelakon Nabila Huda berkongsi berita sedih apabila neneknya Indon Ramli menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 36, mengakui perkara tersebut merupakan kehilangan yang tidak dapat dibayangkan berikutan dia dibesarkan oleh neneknya itu. Allahyarham merupakan nenek sebelah ibunya, Faridah Fadzi.

“Hari ini Abil nak luah perasaan dengan korang. Dalam hidup kita mesti ada perkara yang paling kita takut. Macam Abil paling takut dengan kehilangan. Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup.

“Tidak pernah saya membayangkan kehidupan tanpa orang yang saya sayang. Saya sentiasa takut kehilangan seseorang dalam hidup saya. Sebab Abil takut Abil tak boleh nak lalui.

“Atau macam mana nak laluinya. Abil takut nak lalui perasaan itu. Abil selalu fikir kuat ke Abil untuk menghadapi situasi itu. Tapi hari ini, 6 Mei 2020, Abil kehilangan nenek Abil,” kata Nabila.

Rata-rata peminta dan rakan selebriti turut bersedih dan mengucapkan takziah serta mendoakan agar arwah nenek kepada pelakon filem M4M4 itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia cuba untuk memahami sehingga dadanya sakit namun pemergiaan itu benar-benar memberi tamparan dalam hidupnya.

“Dia pergi pukul 7 tadi. Dia la nenek yang jaga dan membesarkan Abil sejak kecil. Nenek dah tak ada. Perkara yang paling Abil takut dalam hidup terjadi pada hari ini. Serius, saya buntu.

“Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas. Abil tengah cuba untuk memahami keadaan ni. Kepada siapa yang kenal nenek, halalkan makan minum dia ya.

“Mintak korang semua sedekahkan Al-Fatihah pada arwah nenek saya, Indon Ramli,” ujarnya. – Mstar

Shares