Roti Susu

“Nabil sangat matang…”- Ayda Jebat ‘payung’ video penuh dilamar kekasih ! “Nabil sangat matang…”- Ayda Jebat ‘payung’ video penuh dilamar kekasih !
Baru-baru ini, Ayda Jebat berkongsikan berita gembira buat dirinya dan kekasih, Nabil Mahir apabila mereka bakal menamatkan zaman bujang mereka. Ayda Jebat menerima lamaran... “Nabil sangat matang…”- Ayda Jebat ‘payung’ video penuh dilamar kekasih !

Baru-baru ini, Ayda Jebat berkongsikan berita gembira buat dirinya dan kekasih, Nabil Mahir apabila mereka bakal menamatkan zaman bujang mereka.

Ayda Jebat menerima lamaran daripada kekasihnya yang juga merupakan seorang pengacara popular disaat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 17 Mac lalu dan menerusi Instagram, dia memuat naik foto bersama.

Perkara berkenaan sekali gus menerima pelbagai komen daripada ramai yang turut gembira melihat pasangan ini yang akan menghalalkan hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, terbaru pula Ayda Jebat ada berkongsikan satu rakaman video disaat dirinya dilamar oleh kekasih, Nabil Mahir.

Menerusi Instagram kelihatan dia bersama kekasihnya sedang membuka hadiah dan reaksi Ayda yang dilihat tergamam ketika diberi cincin oleh Nabil Mahir turut membuatkan peminatnya terkesan.

Dalam pada itu, Ayda Jebat berkata ia merupakan satu yang istimewa buat peminat, rakan dan keluarga dimana dia berkongsi saat manis mereka kepada semua.

“AJ: I love you more than you know.“NM: I love you more than you ever know! “Special untuk semua fans, friends and family. Nak share this sweet & beautiful moment with you guys. Watch full video on our YouTube Channel ‘Wuvv Show…”

Video penuh yang dikongsikan dilaman YouTube juga meraih ribuan tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut mengucapkan tahniah buat mereka. [ Sumber ]

Shares