Roti Susu

Dikatakan Bukan Orang Melayu, Muzaffar Tunjuk Bukti Dia Memang Berketurunan Melayu Dikatakan Bukan Orang Melayu, Muzaffar Tunjuk Bukti Dia Memang Berketurunan Melayu
Muzaffar Jakel telah memuat naik 1 video penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook beliau sendiri hari ini. Di dalam video tersebut beliau... Dikatakan Bukan Orang Melayu, Muzaffar Tunjuk Bukti Dia Memang Berketurunan Melayu

Muzaffar Jakel telah memuat naik 1 video penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook beliau sendiri hari ini.

Di dalam video tersebut beliau menerangkan kenapa dia berkata sedemikian sehingga menaikkan amarah orang melayu.

Beliau juga menjelaskan tentang siapa Nor Lizah, menurut beliau wanita bernama Nor Lizah ini tiada kaitan langsung dengan pihak JAKEL mahupun keluarga.

Menurut info, Nor Lizah memberitahu bahawa akaun dia sendiri digodam dan dia sendiri tidak tahu menahu tentang isu ini dan beliau juga mengaku tiada kaitan dengan JAKEL. Pihak Nor Lizah telah membuat laporan polis untuk siasatan.

Di dalam video tersebut beliau memohon maaf dan tidak berniat untuk menghina orang melayu tetapi ada segelintir yang telah mengapi apikan perkara tersebut.

Beliau adalah melayu dan dalam sijil kelahiran beliau juga tertulis melayu.

Bersekolah dari kecil hingga besar dan berkawan dengan orang melayu, masakan dia tergamak untuk mengeji orang melayu yang dia tahu bahawa orang melayu yang menolong perniagaan JAKEL.

 Muzaffar

Beliau juga menyeru supaya jangan menghentam keluarga dia yang lain terutama arwah ayah dia kerana dia sudah tiada.

Dia sanggup terima kecaman tetapi mestilah pada dia sendiri dan bukan pada ahli keluarga lain dan pada perniagaan JAKEL.

Jom Tengok Video Permohonan maaf secara terbuka Muzaffar Jakel :

Walaupun bukti telah ditunjuk, video penjelasan telah dibuat netizen seperti tidak mahu memaafkan Muzaffar Jakel dan tetap mahu memboikot Jakel. [ sumber ]

Shares