Roti Susu

Muzaffar Jakel Akhirnya Membuat Satu Video Permohonan Maaf Yang Menyentuh Hati Muzaffar Jakel Akhirnya Membuat Satu Video Permohonan Maaf Yang Menyentuh Hati
Selepas abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguri1s dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini. Permohanan... Muzaffar Jakel Akhirnya Membuat Satu Video Permohonan Maaf Yang Menyentuh Hati

Selepas abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguri1s dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini.

Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlek3h orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin.

Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam posting IGS (IG Story).

Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya.

Pada masa sama, Muzaffar berkata kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan dibuat mewakili syarikat Jakel.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili kenyataan syarikat Jakel, ” katanya.

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya.

Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya pada bulan yang mulia ini.

“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan-pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin, ” katanya.

Kenyataan itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang masih kurang senang dengan kata-katanya sebelum ini.Terkini akhirnya Muzaffar telah membuat satu video permohonan maaf.  Melalui video tersebut Muzaffar telah menjelaskan segala apa yang terjadi dari 1 may 2020 sehingga ke hari ini.

Menurut penjelasan beliau status dibuat dalam keadaan kurang baik. Ini kerana banyak makian yand dia dapat dari DM.  Beliau juga turut perjelaskan tentang pengguna FB Nor Lizah yang memuat naik status seolah-olah racist. [ sumber ]

Shares