Roti Susu

Mula-mula doktor kata kayap, Alahan produk penjagaan wajah Mula-mula doktor kata kayap, Alahan produk penjagaan wajah
Mula-mula doktor kata kayap, alahan produk penjagaan wajah… selepas 5 bulan teka-teki kesan lebam, gigitan nyamuk terjawab. Hati mana yang tidak sedih melihat adik... Mula-mula doktor kata kayap, Alahan produk penjagaan wajah

Mula-mula doktor kata kayap, alahan produk penjagaan wajah… selepas 5 bulan teka-teki kesan lebam, gigitan nyamuk terjawab.

Hati mana yang tidak sedih melihat adik bongsu yang selama ini sihat tiba-tiba muram akibat jatuh sakit.

Demikian cerita gadis berdarah kacukan Bidayuh dan Iban ini apabila adiknya yang berusia 14 tahun diserang penyakit Sistemik lupus eritematosus (SLE) sejak awal tahun 2020.

Bermula dengan bintik-bintik merah seperti gigitan nyamuk, kemudiannya muncul kesan-kesan lebam di wajah Irene Sophia Benedict sebelum ia merebak ke kaki.

Menurut Mitchelle Benedict, 18, kesihatan adiknya juga merosot pada Mac sebelum mereka pergi mendapatkan rawatan di klinik, hospital dan akhirnya ujian darah pada Isnin lalu memberi jawapan kepada teka-teki mereka selama ini.

“Mula-mula kami tak tahu dia kena SLE. Bulan Mac naik kesan lebam di muka. Saya mula perasan masa balik Sarawak lima bulan lepas, macam gigitan nyamuk.

“Bila pergi klinik doktor kata kayap. Bila pergi ke hospital doktor kata allergic produk penjagaan wajah. Kemudiannya naik di tangan dan kaki pula.

“Jadi ayah bawa adik buat ujian darah, sah SLE dan masuk wad di Hospital Melaka sejak Isnin,” ujar Ivy kepada mStar. Selain hilang selera makan dan lesu, adiknya juga acap kali demam sejak Mac lalu.

Kata Ivy, dia pada mulanya agak risau memandangkan Covid-19 sedang melanda negara namun berasa tidak logik untuk mengaitkannya dengan virus itu memandangkan adiknya tidak pernah keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain tiada selera makan, dia kata nak minum air pun sakit. Lepas tu nak berjalan sakit sendi. Sekarang ni kami tengah tunggu keputusan darah, buah pinggang dan sampel kulit yang diambil.

“Rasa sedih tengok adik sendiri. Bila tanya sakit ke? Dia macam tak nak beritahu… tak nak kita risau. Dia pun fikir sakit biasa je selama ini,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Menurut Ivy, selera makan adiknya juga semakin bertambah sejak dimasukkan ke hospital empat hari lalu.

Malah, dia turut berterima kasih apabila ramai yang menitipkan doa buat adiknya selepas dia berkongsi perihal itu di Twitter.

Sehingga kini, posting yang dikongsi Ivy menerima lebih 18,000 ulang kicau (Retweet).Menurut laman sesawang lupusmalaysia.org, Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” yang mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. – Mstar

Shares