Roti Susu

Mudah dan sedap, Resipi kek gulung menggunakan Nescafe 3 Dalam 1 Mudah dan sedap, Resipi kek gulung menggunakan Nescafe 3 Dalam 1
Resipi kek gulung menggunakan Nescafe 3 Dalam 1 .Pencuci mulut adalah salah satu sajian yang amat menyelerakan. Pencuci mulut terdiri daripada aiskrim, kuih muih,... Mudah dan sedap, Resipi kek gulung menggunakan Nescafe 3 Dalam 1

Resipi kek gulung menggunakan Nescafe 3 Dalam 1 .Pencuci mulut adalah salah satu sajian yang amat menyelerakan. Pencuci mulut terdiri daripada aiskrim, kuih muih, biskut, kek, pengat dan sebagainya.

Tetapi, tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk menyediakan pencuci mulut seperti kek kerana beranggapan ianya rumit dan memerlukan ketelitian dalam menyukat bahan.

Jangan runsing, daripada anda membeli kek di kedai, lebih baik anda cuba menyediakan sendiri di rumah. Kami akan berkongsi kepada anda resipi Kek Gulung Nescafe yang cukup ‘kaw’ dan menyelerakan! Sekali rasa pasti nak lagi!

Bahan A:

  • 50g air
  • 30g minyak jagung
  • 70g tepung kek
  • 3 kuning telur
  • 1 1/2 paket Nescafe 3 dalam 1

Bahan B:

  • 40g gula halus
  • 3 putih telur
  • 1/2 sudu teh krim tartar

Cara-caranya:

Satukan kesemua Bahan A di dalam mangkuk dan putarkan sehingga sebati menggunakan mesin pemutar.

Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur bersama krim tartar. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan pukul sehingga kembang.

Kemudian, masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan A dan gaul perlahan secara kaup balik.

Setelah sebati, masukkan lebihan putih telur dan kaup balik sehingga rata.

Tuangkan di dalam loyang yang telah diletakkan dengan kertas pembakar.

Masukkan di dalam ketuhar dan bakar selama 20 minit pada suhu 160ºC.

Setelah kek masak, buang kertas pembakar dan biarkan kek menyejuk.

Setelah kek sejuk, letakkan kek di atas lapisan kertas pembakar yang baru dan gulungkannya.

Kek Gulung Nescafe 3 Dalam 1 kini siap untuk dinikmati oleh anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Sumber: Erabaru

Shares