Roti Susu

Mengamuk Marahkan Aliff Syukri, Netizen Kecam Balik Ali Sebab ‘Binatangkan’ Balu Abam Mengamuk Marahkan Aliff Syukri, Netizen Kecam Balik Ali Sebab ‘Binatangkan’ Balu Abam
Kuburnya masih merah namun sejak semalam satu Malaysia baca cerita yang kurang menyenangkan membabitkan Ali Puteh serta balu arwah Abam, Hidayah. Melalui Instagram, Ali... Mengamuk Marahkan Aliff Syukri, Netizen Kecam Balik Ali Sebab ‘Binatangkan’ Balu Abam

Kuburnya masih merah namun sejak semalam satu Malaysia baca cerita yang kurang menyenangkan membabitkan Ali Puteh serta balu arwah Abam, Hidayah.

Melalui Instagram, Ali ada update petang semalam perasaan marahnya terhadap Hidayah dengan bahasa yang kasar. Posting itu mendapat perhatian ramai orang termasuklah rakan-rakan selebriti yang menasihati Ali supaya bersabar dan cuba selesaikan masalah dengan baik.

Posting Ali tentang balu Abam itu kini sudah pun dipadam namun semalam selepas beberapa ketika, dia update pula post baru menyatakan kemarahannya terhadap Aliff Syukri.

Difahamkan, Aliff ada melawat balu Abam dan anaknya, Hamzah dan melalui IG live Aliff dikatakan bertanya soalan yang tidak sepatutnya.

Ali juga berkata Aliff Syukri mengambil kesempatan demi untuk mengejar duit dan turut mencabarnya untuk berjumpa dengan keluarga mereka.

Netizen hentam sebab mulut Ali lancang

Melalui posting di Facebook, artikel yang menyiarkan kisah pergaduhan Ali dan Aliff Syukri ini mendapat perhatian ramai netizen.

Meskipun tindakan Aliff itu diakui tidak patut tapi rata-ratanya lebih marah dan mengecam Ali kerana sikapnya yang biadap dengan kakak iparnya sendiri. Apatah lagi, Ali pada awalnya menggelar Hidayah ‘binatang’ di Instagram.

Perangai hang tak sama langsung dengan arwah abang hang.”

Sumber : Lobakmerah.com

Shares