Roti Susu

Menari Video Tiktok, Syatilla Melvin & Adik Beradik Kena Kecam ! Menari Video Tiktok, Syatilla Melvin & Adik Beradik Kena Kecam !
Pelakon Syatilla Melvin dikecam oleh beberapa pengikut laman Instagram (IG) kerana didakwa kelihatan kurang sopan ketika melakukan sebuah rakaman video untuk perniagaan kosmetik miliknya.... Menari Video Tiktok, Syatilla Melvin & Adik Beradik Kena Kecam !

Pelakon Syatilla Melvin dikecam oleh beberapa pengikut laman Instagram (IG) kerana didakwa kelihatan kurang sopan ketika melakukan sebuah rakaman video untuk perniagaan kosmetik miliknya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik itu, menunjukkan Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla bersama adik beradiknya, Syafiqa dan Syida menari mengikut alunan lagu di aplikasi Tiktok.

Beberapa pengikut IG telah mengecam tindakan mereka yang dianggap tidak manis dilakukan oleh seorang wanita yang berstatus isteri dan ibu.

Malah, ada segelintir pengikut yang menyentuh soal maruah dan juga akhlak.

Antara komen-komen mereka adalah seperti berikut:

Menerusi posting yang berbeza, Tilla memberi amaran kepada netizen yang tidak menyukai kandungan IGnya untuk berhenti mengikuti bagi mengelakkan timbul rasa tidak berpuas hati.

“Eh btw sapa-sapa yang datang page aku untuk mengutuk, mohon unfollow. Ni page aku, so suka hati aku lah nak post apa pun,” tulisnya.

Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Tilla di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Sekadar makluman, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Instagram, setakat jam 11 malam (16 Mac) angka kes COVID-19 kini mencecah 553 di Malaysia tanpa sebarang rekod kematian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19! – Gempak.com

Shares