Roti Susu

Maya Matahari Meninggal Dunia,  Berita Sedih Itu Disahkan Rakan Baiknya ! Maya Matahari Meninggal Dunia,  Berita Sedih Itu Disahkan Rakan Baiknya !
PENYANYI penyanyi Mya Ruslee atau nama sebenar Myanaliza Ruslee, 44, meninggal dunia pada Rabu.Berita sedih itu disahkan rakan baiknya iaitu Norzana Malek ketika dihubungi... Maya Matahari Meninggal Dunia,  Berita Sedih Itu Disahkan Rakan Baiknya !

PENYANYI penyanyi Mya Ruslee atau nama sebenar Myanaliza Ruslee, 44, meninggal dunia pada Rabu.Berita sedih itu disahkan rakan baiknya iaitu Norzana Malek ketika dihubungi mStar.

“Mya meninggal di salah satu hospital di Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 4 petang tadi.”Mya memang ada kanser tahap empat tapi kami tak dapat kongsi info lanjut.

“Sekarang ini tunggu famili berkumpul dan tetapkan di mana jenazah akan dikebumikan,” katanya.Mya sebelum ini dikenali dengan nama Maya Matahari.

Sementara itu, penyanyi Syura Badron turut mengesahkan berita pemergian Mya Ruslee.Mya pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelima.

Mya pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, namun bercerai pada 17 Ogos 2015.Dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada tahun 2018.

Pada Februari 2019, Mya mengorak langkah dalam karier seninya apabila bergelar penyampai radio stesen radio Best FM di Johor Bahru.

Penyanyi lagu Matahari yang berasal dari Johor ini menerima tawaran berkenaan kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kariernya selain meminati bidang penyiaran.

Dalam pada itu mStar difahamkan Mya baharu pulang dari China beberapa minggu lalu selepas menjalani rawatan kanser di sebuah hospital di negara itu.

Keadaannya dikatakan agak serius kerana kanser berkenaan dikatakan merebak ke banyak anggota dalaman menyebabkan dia terlantar.

Dia juga mendapatkan rawatan jururawat peribadi yang datang merawatnya di rumah. Perkembangan lanjut akan dilaporkan kemudian. – Mstar

Shares