Roti Susu

Malam Terakhir PKPB, Isteri Anak Satu Ditangkap ‘Khalwat’ Malam Terakhir PKPB, Isteri Anak Satu Ditangkap ‘Khalwat’
WANITA berstatus isteri orang dicekup ber khalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Kota, Kuala Kedah, Alor Setar tengah malam tadi.... Malam Terakhir PKPB, Isteri Anak Satu Ditangkap ‘Khalwat’

WANITA berstatus isteri orang dicekup ber khalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Kota, Kuala Kedah, Alor Setar tengah malam tadi.

Wanita berusia 32 tahun yang mempunyai seorang anak itu memberi alasan menghantar makan kepada lelaki itu sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan berhubung kegiatan maks1at di rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam dan tertutup rapat. “Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, anggota kami dibenarkan masuk oleh lelaki berusia 28 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita berada dalam rumah itu namun mereka g4gal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, hasil siasatan juga mendapati wanita itu masih bersuami dan mempunyai seorang anak.Beliau berkata, lelaki itu bekerja menjual ikan lega secara atas talian manakala wanita itu tidak bekerja.

Berikutan itu katanya, pasangan itu dit4han mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.Dalam pada itu, Radzi berkata, anggotanya turut men4han sepasang kekasih di sebuah hotel bajet di kawasan Tandop kerana disyaki berkh4lwat semalam.

Beliau berkata, t4ngkapan dilakukan jam 12 malam terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun.“Mereka tinggal berjiran dan berjalan menyewa hotel berkenaan yang terletak berhampiran rumah mereka.

“Ketika dis0al s1asat mereka memberi al4san untuk berbincang kerana keluarga wanita berkenaan tidak menerima lelaki itu untuk berkahwin,” katanya. Radzi berkata, kes dis1asat mengikut seksyen sama.

Lebih 200 hotel di negeri ini akan mempamerkan pelekat Jangan Terjebak Dengan Perbuatan M4ksiat sebagai kerjasama membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengurangkan statistik kesal4han syariah itu.

Sebelum ini Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata kerjasama itu membabitkan hotel butik hingga bertaraf lima bintang yang berdaftar.

“Pelekat berkenaan akan dipamerkan di ruang utama atau lobi hotel bertujuan menyedarkan orang awam supaya menjauhi perbuatan z1na.

“Setiap tahun, JAIS menerima lebih 1,000 aduan berkaitan kesalahan khalwat dan statistik itu menunjukkan kira-kira empat atau lima kes dilaporkan sehari.

“Ia amat membimbangkan dan kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha mencegahnya,” katanya.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Shares