Roti Susu

Majlis Presiden PH Sepakat Sokong Tun M Sebagai Perdana Menteri Ke-8 Majlis Presiden PH Sepakat Sokong Tun M Sebagai Perdana Menteri Ke-8
DALAM perkembangan semasa kemelut politik negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara... Majlis Presiden PH Sepakat Sokong Tun M Sebagai Perdana Menteri Ke-8

DALAM perkembangan semasa kemelut politik negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mentadbir negara sebagai perdana menteri.

Menerusi kenyataan yang diedar pagi ini, PH sepakat menolak sebarang usaha kerajaan pintu belakang yang disifatkan bakal menjadi perosak kepada usaha reformasi selama ini.

“PH merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PH bertegas menentang sebarang usaha kerajaan pintu belakang terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana sehingga kini.

“Demi mempertahankan perjuangan, PH menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri,” ujar kenyataan itu.

Ia turut dikongsi menerusi laman sosial Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Mstar

Shares