Roti Susu

“Maafkan aku bro… tak dapat solat jenazah, cium dahi buat kali terakhir” -Zul Ariffin “Maafkan aku bro… tak dapat solat jenazah, cium dahi buat kali terakhir” -Zul Ariffin
PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair memberi kesan mendalam buat ramai pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Pelakon Zul Ariffin yang mula mengenali arwah sejak... “Maafkan aku bro… tak dapat solat jenazah, cium dahi buat kali terakhir” -Zul Ariffin

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair memberi kesan mendalam buat ramai pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pelakon Zul Ariffin yang mula mengenali arwah sejak 16 tahun lalu tidak melepaskan peluang menziarahi kubur dan memberi penghormatan terakhir buat sahabatnya itu.

“Saya di sini bro, saya datang secepat yang boleh, maafkan saya tidak berpeluang solat jenazah, membawa awak dan mencium dahi buat kali terakhir.

“Seperti semalam kita duduk di mamak di Johor, gelak sakan bercerita tentang perjalanan kita bersama.

“Kamu adalah rakan sejati saya yang pertama dalam industri ini,” ujarnya.Zul turut memuat naik beberapa keping foto ketika di tanah perkuburan San Diego Hilss, Jakarta Selatan.

Allahyarham Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung pada kira-kira pukul 4 pagi Selasa.Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aidan Sinclair.

Sementara itu, Zul turut mengimbau perjalanan kerjayanya ketika mereka sama-sama bermula dalam bidang peragaan.

Pelakon drama Titian Cinta ini memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004.

Mereka sekali lagi bekerjasama selepas 15 tahun menerusi filem J Retribusi yang bakal ditayangkan tahun ini.

“Kita bersama dalam bidang peragaan dan saya ketawa bila kamu memberitahu ingin menceburi bidang lakonan.

“Saya ketawa bila kamu kata saya juga perlu menceburi dunia lakonan. Ia seperti idea yang gila ketika itu.

“Selepas sedekad itu, kita bekerja dalam filem yang sama sebagai antagonis dan protagonis. Tiada siapa yang menduga kami akan pergi sejauh ini,” ujarnya. – Mstar

Shares