Roti Susu

“Maaf… Tiada komen” – Kecoh kononnya insiden gaduh melibatkan Tiz Zaqyah “Maaf… Tiada komen” – Kecoh kononnya insiden gaduh melibatkan Tiz Zaqyah
LAMAN Twitter dengan nama Tiz Zaqyah kecoh selepas netizen memberikan pandangan berbeza berhubung seorang pelakon wanita terlibat dalam satu insiden pergaduhan di sebuah pusat... “Maaf… Tiada komen” – Kecoh kononnya insiden gaduh melibatkan Tiz Zaqyah

LAMAN Twitter dengan nama Tiz Zaqyah kecoh selepas netizen memberikan pandangan berbeza berhubung seorang pelakon wanita terlibat dalam satu insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan pada malam Khamis.

Menerusi satu rakaman video yang tersebar itu, terdapat satu kumpulan pihak membuat tuduhan dengan mendakwa Tiz telah mencetuskan provokasi yang mengundang pergaduhan.

Menerusi video tersebar itu, pihak berkenaan mendakwa pelakon drama Sara Sajeeda tersebut berada di sebuah pusat hiburan bersama seorang lagi rakannya yang juga seorang aktres tidak dikenali.

Tiz enggan memberi komen mengenai dakwaan tersebut.Bagaimanapun Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, ketika dihubungi mStar enggan memberi sebarang komen berkenaan perkara itu.

“Minta maaf, tiada komen,” kata Tiz dalam satu kiriman mesej kepada mStar pada Jumaat.Sehingga kini, rata-rata netizen di laman Twitter lebih menyokong tindakan Tiz biarpun mereka tidak mengetahui kisah sebenar.

Dalam pada itu, menurut sumber yang turut berada di tempat kejadian, tiada sebarang aksi pukul-memukul antara mereka sebaliknya hanya perang mulut dipercayai antara pelakon itu dengan individu berkenaan.

“Saya tak pasti macam mana pergaduhan itu bermula. Tapi tak ada la sampai mereka bertumbuk atau pukul satu sama lain,” katanya. – Mstar

Shares