Roti Susu

Lucinta Luna, ‘teman lelaki’ ditahan Lucinta Luna, ‘teman lelaki’ ditahan
Jakarta: Polis Indonesia menahan selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Detiknews melaporkan bahawa ia selepas ujian saringan air kencing ketika dia... Lucinta Luna, ‘teman lelaki’ ditahan

Jakarta: Polis Indonesia menahan selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Detiknews melaporkan bahawa ia selepas ujian saringan air kencing ketika dia ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat.

Bagaimanapun, penahanan penyanyi dan penari yang memiliki nama asal Muhammad Fatah itu juga menimbulkan dilema apabila pihak berkuasa tidak tahu untuk menempatkannya sama ada di lokap wanita dan lelaki.

Selain, Lucinta Luna atau LL, tiga individu lain ditahan termasuk kekasih Lucinta Luna bernama Abash.

Bagaimanapun, polis turut mengesahkan Abash sebenarnya perempuan bernama Diah Ayu Ashari alias Abash.

“Jika di dalam kad pengenalan, dia (Abash) adalah perempuan,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA memetik laporan media tempatan berkata, Lucinta Luna ditahan di apartmennya pada 1.30 pagi Selasa.

Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ekstasi di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

Sebelum ini, dia pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu ‘Bobo Di Mana’.

Sumber – Hmetro

Shares