Roti Susu

Sudah Setahun Saya Tidak Bekerja Dan Sekarang PKP Pula, Luahan Salih Yaakob Sudah Setahun Saya Tidak Bekerja Dan Sekarang PKP Pula, Luahan Salih Yaakob
Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan.”Itu luahan selebriti popular, Salih Yaakob, 60, yan bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya... Sudah Setahun Saya Tidak Bekerja Dan Sekarang PKP Pula, Luahan Salih Yaakob

Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan.”Itu luahan selebriti popular, Salih Yaakob, 60, yan bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga ketika negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.

Salih ketika dihubungi berkata, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

Sudah setahun tidak bekerja. Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja dan sekarang PKP pula, rezeki diperoleh itu mencukupi.” Syukur pada Allah kerana saya juga tak perlu minta bantuan untuk keluarga.

Paling bermakna, Allah kurniakan juga kesihatan yang baik pada saya, isteri-isteri, anak-anak dan cucu,” katanya kepada Harian Metro.Menurut Salih, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini.” Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Salih mahu terus perbaiki diri dan beramal. Berkongsi pandangannya terhadap penularan pandemik COVlD-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

Sekarang, saya lebih selesa muhasabah diri.” Apa yang berlaku ketika ini, saya melihat pada sudut pandang positif yang mana ia kasih sayang Allah dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

Saya hanya mahu terus bersyukur dan reda dengan perjalanan kehidupan sekarang, termasuk mahu terus perbaiki diri dan beramal, apatah lagi ketika ini Ramadan,” katanya.

Bagaimana kerjaya Salih bermula. Kerjaya Salih bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980. Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi.

Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

Menyertai Sinar FM pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar aka CikPiah pada 2016.

Salih berkata, dia juga menganggap sudah bersara dari kerjaya seni apabila meninggalkan konti radio Sinar FM tahun lalu selepas 13 tahun berkhidmat berikutan faktor usia dan kesihatan diri.

Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah berc3rai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang. [ sumber]

Shares