Roti Susu

Luahan Hati Ibu Ashraf Sinclair, Terima Kenyataan Anak Meninggal Dunia Mmpu Buat Kita Tumpang Sebak!! Luahan Hati Ibu Ashraf Sinclair, Terima Kenyataan Anak Meninggal Dunia Mmpu Buat Kita Tumpang Sebak!!
Luahan hati ibu Ashraf Sinclair, terima kenyataan anak meninggal dunia – “Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan kami” SELEPAS empat hari pemergian pelakon Ashraf... Luahan Hati Ibu Ashraf Sinclair, Terima Kenyataan Anak Meninggal Dunia Mmpu Buat Kita Tumpang Sebak!!

Luahan hati ibu Ashraf Sinclair, terima kenyataan anak meninggal dunia – “Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan kami”

SELEPAS empat hari pemergian pelakon Ashraf Sinclair, ibunya iaitu Khadijah Abdul Rahman berkongsi luahan perasaannya di Instagram pada Jumaat.

Khadijah yang menggunakan akaun bernama Dida Sinclair memberitahu sukar buatnya untuk menggambarkan perasaan selepas kematian anak sulungnya itu pada Selasa.

Bagaimanapun, dia reda menerima takdir yang sudah tertulis dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan arwah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan! Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang!

“Tapi saya perlu sampaikan bagi pihak anak saya, Ashraf, terima kasih kepada semua orang di seluruh dunia yang berkongsi kesedihan kami dan merasakan kesakitan dengan kami pada pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

“Allah SWT mempunyai perancangan untuk arwah dan kami rendah hati menerimanya walaupun ia sangat sukar tapi semoga hidupnya menjadi yang terbaik selama 40 tahun hidup di bumi,” katanya.

Khadijah berkongsi luahannya itu di ruang komen foto terbaharunya di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lebih lanjut gagal selepas ibu Allahyarham Ashraf tidak membalas mesej dan panggilan telefon.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah, mendoakan arwah dan berharap Khadijah sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu.

Pada Selasa lalu, berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu Allahyarham Ashraf menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia di Jakarta akibat serangan jantung.

Ibu dan bapa Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair tiba di rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan kira-kira pukul 1.03 petang waktu tempatan pada hari yang sama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10. – MSTAR

Shares