Roti Susu

Lelaki Rohingya Bernama Long Tiger Sudah Dibebaskan Dari Tahanan Lelaki Rohingya Bernama Long Tiger Sudah Dibebaskan Dari Tahanan
Beberapa hari lalu heboh di media sosial apabila seorang individu dikenali sebagai Long Tiger mencetus kemarahan orang ramai apabila memuatnaik video berbentuk provokasi. Dia... Lelaki Rohingya Bernama Long Tiger Sudah Dibebaskan Dari Tahanan

Beberapa hari lalu heboh di media sosial apabila seorang individu dikenali sebagai Long Tiger mencetus kemarahan orang ramai apabila memuatnaik video berbentuk provokasi.

Dia bagaimanapun ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan memf1tnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. Bagaimanapun ‘Long Tiger’ yang juga lelaki Rohingya itu dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Punca dibebaskan

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu.

Terdahulu, Long Tiger direman lima hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dan polis hari ini memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.

Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Sksyen 500 Kanun Kesksaan kerana f1tnah. Suspek yang bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan. Rabu lalu, Datuk Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanan lelaki itu tular di media sosial.

Ada tiga rekod lampau

Menurut Ayob Khan lagi, svspek turut mempunyai rekod ksalahan lampau. ” Hasil siasatan mendapati svspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugvtan jnayah pada 2009 selain kes cuIik dan kes rog#I pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesaIahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini. nAyob Khan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

” Svspek juga bukan warga Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang. ” Sebaliknya adalah pemastautin sementara dari Myanmar atau R0hingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Sedutan rakaman video yang menunjukkan lelaki yang dikenali Long Tiger ditangkap pasukan polis selepas membuat kenyataan f1tnah terhadap anggota polis IPD Tangkak, Selasa lalu. Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kntroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen. Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

” Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya. [ sumber ]

Shares