Roti Susu

Ramai Yg Minat Long Tiger Selama Ni Garu Kepala, Rupanya Dia Rohingya Ramai Yg Minat Long Tiger Selama Ni Garu Kepala, Rupanya Dia Rohingya
Sejak beberapa hari lalu media sosial heboh dengan video seorang individu dikenali dengan panggilan Long Tiger yang memuatnaik rakaman jeIik terhadap pihak polis. Individu... Ramai Yg Minat Long Tiger Selama Ni Garu Kepala, Rupanya Dia Rohingya

Sejak beberapa hari lalu media sosial heboh dengan video seorang individu dikenali dengan panggilan Long Tiger yang memuatnaik rakaman jeIik terhadap pihak polis.

Individu tersebut bagaimanapun sudah ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan memf1tnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, reman dikenakan ke atas svspek berusia 31 tahun itu selepas dia ditahan di rumahnya di Muar, Selasa lalu.

” Long Tiger kini sedang direman lima hari kerana kesalahan memf1tnah pegawai polis berkenaan. ” Hasil siasatan mendapati svspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugvtan jnayah pada 2009 selain kes cuIik dan kes rog#I pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesaIahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. Ayob Khan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

” Svspek juga bukan warga Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang. ” Sebaliknya adalah pemastautin sementara dari Myanmar atau Rohingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Sedutan rakaman video yang menunjukkan lelaki yang dikenali Long Tiger ditangkap pasukan polis selepas membuat kenyataan f1tnah terhadap anggota polis IPD Tangkak, Selasa lalu.

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahannya tular di media sosial. Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kntroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

” Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan berkata, seorang anggota polis IPD Muar berpangkat koperal turut ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penahanan Long Tiger.

” Merakam gambar serta video svspek di dalam tahanan adalah satu kesaIahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu. ” Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami, ” katanya. – [ sumber ]

Shares