Roti Susu

Long Tiger Akhirnya Didakwa di Mahkamah. Bukan Sebab Ftnah Polis, Tapi Atas KesaIahan Lain Long Tiger Akhirnya Didakwa di Mahkamah. Bukan Sebab Ftnah Polis, Tapi Atas KesaIahan Lain
Beberapa hari lalu berita tentang penahanan lelaki dipanggil Long Tiger hangat diperkatakan di media sosial. Ia susulan kenyataan pihak polis yang mendedahkan Long Tiger... Long Tiger Akhirnya Didakwa di Mahkamah. Bukan Sebab Ftnah Polis, Tapi Atas KesaIahan Lain

Beberapa hari lalu berita tentang penahanan lelaki dipanggil Long Tiger hangat diperkatakan di media sosial. Ia susulan kenyataan pihak polis yang mendedahkan Long Tiger sebenarnya berketurunan Rohingya.

Long Tiger yang mencetuskan kntroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook (FB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini, atas dkwaan pemerasan.

Tertudvh yang berusia 34 tahun itu didkwa kerana melakukan pemerasan terhadap seorang individu kira-kira jam 4 petang, pada awal Oktober 2019, di sebuah restoran di Bukit Gambir, Tangkak.

Mengikut pertudvhan, dia melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada individu dengan cara akan membuat laporan polis ke atas individu berkenaan yang melakukan hubvngan int1m bersama gadis bawah umur sekali gus memaksa individu terbabit menggugurkan laporan polis ke atas tertudvh.

Long Tiger didkwa mengikut Sksyen 388 Knun Kesksaan, sabit kesalahan boleh dipnjara sehingga 10 tahun atau dnda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukvman itu.

Majistret Norina Maludin membenarkan tertudvh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan tanpa cagaran dan sebutan semula kes pada 1 Jun ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertudvh diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali.

Dalam pada itu, isteri Long Tiger dan anak perempuan mereka kelihatan hadir ke mahkamah bersama seorang individu yang dipercayai saudaranya bagi urusan jaminan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan semula Long Tiger bersabit kes dilaporkan di Tangkak, Sabtu lalu, membabitkan elemen pemerasan.

“Takut ada tindak balas daripada Long Tiger”

Sementara itu, Isnin lalu polis menerima beberapa lagi laporan daripada orang awam berhubung kesalahan lampau lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan semula Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa lagi laporan dibuat ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

” Apabila dia (Long Tiger) ditngkap di Johor dan direman, ramai lagi orang awam tampil membuat laporan berkait kesaIahan lampau lelaki itu.

” Mungkin sebelum ini orang takut mahu membuat laporan. Takut ada tindak balas daripada Long Tiger. Banyak lagi laporan yang dibuat. Kita tunggu,”

Ayob Khan berkata demikian ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan Syarikat Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd kepada PDRM Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Isnin.

Terdahulu, PDRM Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak pada 2 Mei lalu yang membabitkan elemen pemerasan.

Kes pertama ftnah polis sudah ditolak

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Sksyen 500 Kanun Kesksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar.

Long Tiger sebelum ini mencetuskan kntroversi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook (FB) memftnah pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dibebaskan daripada tahanan reman.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu.

Long Tiger direman lima hari sejak Selasa minggu lalu bagi membantu siasatan dan polis memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.

Terdahulu Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ftnah.

” Jika sabit kesalahan mengikut Sksyen 388 Knun Kesksaan, dia boleh dipnjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan dnda atau sbatan,” katanya.

Pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan semula Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 388 Kanun Kesksaan membabitkan elemen pemerasan. [ sumber ]

Shares