Roti Susu

Linda Rafar Terkejut Terima Berita Tentang Neelofa, Tak Sangka Ini Berlaku Linda Rafar Terkejut Terima Berita Tentang Neelofa, Tak Sangka Ini Berlaku
Kisah penghijrahan pelakon Neelofa yang kini tampil dengan imej berniqab benar-benar mencvri tumpuan ramai pihak. Hal itu turut dirasai pelakon dan penyanyi Linda Rafar... Linda Rafar Terkejut Terima Berita Tentang Neelofa, Tak Sangka Ini Berlaku

Kisah penghijrahan pelakon Neelofa yang kini tampil dengan imej berniqab benar-benar mencvri tumpuan ramai pihak.

Hal itu turut dirasai pelakon dan penyanyi Linda Rafar yang mengakui berasa terkejut dengan berita mengenai perubahan imej berpurdah yang dilakukan Neelofa.

“Saya masih terkejut dengan hidayah yang Allah hadiahkan pada Neelofa. “Ketika masyarakat sibuk mengejar hal dunia, Lofa terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua masyarakat di luar sana.

“Love u Lofa. Doakan saya juga kekal beriman pada Allah, fokus ke jalan Allah, terus berbuat baik, ikhlas, jom jadikan Allah nombor 1,” tulisnya.

Hal tersebut dikongsikan Linda menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, Linda turut mengimbas semula imej dirinya ketika menggayakan niqab.

Kongsi Linda, dia sendiri mengakui sentiasa cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Lebih-lebih lagi, katanya, selepas pemergian arwah ana4knya, Rezaimin Keifli pada 2014 dan ibunya Rasimah Abdul Rahman yang mengadap Ilahi pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Selepas arwah anak dan mak linda pergi mengadap ilahi… hampir setiap hari linda mencari erti hidup sebuah kehidupan.. apa yg sebenar kita cari di atas muka bumi ini? kenapa allah sentiasa menduga iman seseorg itu? kenapa allah uji dgn sebuah kehilangan?? ianya bukan satu perkara yg mudah.. senang berbicara tetapi sukar utk kita merasainyaa sendiri.. Selepas linda cuba dekatkan diri pd allah memang kekuatan iman tu trus kuat.. tetapi apakan daya kita manusia biasa yg sentiasa di uji dgn ujian duniawi.. dan hasutan syaitan !! Tetapi linda bersyukur dgn segalanyaa..alhamdulilah linda masih kekal kuat utk tempuh segala dugaan yg dtg setiap hari.. Why linda share cerita ini sebab linda masih terkejut dgn hidayah yg allah hadiahkan pada @neelofa dalam masyarakat sibuk mengejar hal dunia lofa terus istiqomah ke jalan allah dan menjadi contoh yg baik pada semua masyarakat kat luar sana.. love u lofa.. doakan linda jugak kekal beriman pd allah focus ke jln allah terus berbuat baik,ikhlas .. lets allah be NO1.. 🤲🏻😭 #throwbackthursday

A post shared by LindaRafar (@lindarafar) on

“Selepas saya cuba dekatkan diri pada Allah memang kekuatan iman itu terus kuat tetapi apakan daya kita manusia biasa yang sentiasa diuji dengan ujian duniawi dan hasutan syaitan!

“Begitupun, saya bersyukur dengan segalanya. Alhamdulilah saya masih kekal kuat untuk tempuh segala dugaan yang datag setiap hari,” coretnya.

Semalam, Neelofa memuat naik foto dirinya mengenakan niqab di Instagram selain meminta umum terus mendoakan perjalanan baharunya itu.

Sumber: https://www.satkobaviral.com

Shares