Roti Susu

“Lepas Satu, Satu Ujian Yang Baru Datang Melanda” – Luahan Ali Puteh “Lepas Satu, Satu Ujian Yang Baru Datang Melanda” – Luahan Ali Puteh
Ali Puteh nama yang tidak asing lagi dalam industri seni, kerana beliau merupakan seorang pelawak yang digemari ramai. Beliau merupakan salah seorang dari kumpulan... “Lepas Satu, Satu Ujian Yang Baru Datang Melanda” – Luahan Ali Puteh

Ali Puteh nama yang tidak asing lagi dalam industri seni, kerana beliau merupakan seorang pelawak yang digemari ramai. Beliau merupakan salah seorang dari kumpulan lawak yang diberi nama Puteh.

Ahli kumpulan yang lain adalah Mamak Puteh dan juga Man Puteh. Kumpulan ini telah menjuarai Maharaja Lawak 2019 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 k.

Beliau merupakan seorang yang kuat kerana sering diuji. Beliau diuji dengan kehilangan anaknya pada 3 bulan lepas akibat komplikasi jantung, terbaru beliau diuji lagi dengan kehilangan abang kandungnya iaitu Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akaibat demam panas.

Kini beliau diuji lagi dengan dituduh memakan duit anak yatim iaitu harta peninggalan arwah abangnya kepada balu dan juga anak arwah sehingga membuat beliau mengundurkan diri jika tidak diperlukan lagi dalam industri hiburan ini..

Semua itu ujian. Yang terbaru beliau diuji dengan akaun Instagramnya pula di godam sampai beliau terpaksa membuka satu lagi akaun baru. Beliau telah memuatnaik satu posting menggunakan akaun baru mengatakan bahawa akaun lama sudah digodam.

“Allah uji lagi, ig Pula Di cvri.. insyallah terus bersabar kerana bila Kita sabar.. Alllah syg Kita..”

Komen yang ditinggalkan oleh netizen agar Ali kuat menghadapi setiap dugaan yang melanda:

Shares