Roti Susu

“Lelaki berpakaian wanita buat umrah dapat amaran polis Arab – “Jangan buat hal di sini” “Lelaki berpakaian wanita buat umrah dapat amaran polis Arab – “Jangan buat hal di sini”
ISU jemaah umrah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bukan sahaja menjadi bualan sebilangan rakyat Malaysia sebaliknya turut... “Lelaki berpakaian wanita buat umrah dapat amaran polis Arab – “Jangan buat hal di sini”

ISU jemaah umrah lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bukan sahaja menjadi bualan sebilangan rakyat Malaysia sebaliknya turut mendapat perhatian pihak penguatkuasa negara itu.

Perkara tersebut diceritakan oleh peserta Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif.

Amin atau Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 30, berkata, ketika dia sedang berborak bersama rakannya dalam Bahasa Arab, mereka didatangi anggota polis yang turut mengetahui kisah lelaki berpakaian wanita ketika melakukan ibadah.

Katanya, anggota penguatkuasa itu memberi amaran agar mana-mana individu tidak buat masalah di Tanah Suci kerana negara itu mempunyai peraturan dan undang-undang yang diamalkan.

“Tadi ditegur oleh polis. Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam bahasa Arab. Dia tanya saya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke?

“Saya kata saya tak tahu cerita (buat buat tak tahu ). Dia kata jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah. Nanti semua orang Malaysia masalah nak buat umrah.

Kejadian tersebut sebagai satu jenayah kepada pengursan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi apabila ada lelaki yang memasuki tempat solat wanita.

“Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main. Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku. Fuhhh, cukup hebat kes ni, Arab pun tahu. Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah,” katanya.

PU Amin membuat pendedahan itu dalam status di Facebook miliknya pada Isnin.

Dia yang berpendidikan dari universiti Al Azhar Mesir turut mendedahkan, petugas Umrah di Makkah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Kementerian Haji dan Umrah serta Kementerian Pelancongan Arab Saudi berhubung isu berkenaan.

PU Amin antara mutawif selebriti yang mengiringi jemaah umrah di Tanah Suci Makkah.

Antara alasan laporan itu katanya, kejadian tersebut sebagai satu jenayah kepada pengursan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi apabila ada lelaki yang memasuki tempat solat wanita.

“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan-rakan petugas berbicara. Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang. Pelbagai perkara boleh berkait. Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,” tulisnya lagi.

Sebelum ini kecoh apabila usahawan kosmetik dengan nama asalnya lelaki berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

PU Amin turut menambah, sebelum ini ramai pondan dan maknyah melakukan umrah namun tidak timbul masalah kerana mereka berihram serta melakukan solat d bersama lelaki serta menuruti peraturan yang diberikan. – Sumber : Mstar

Shares