Roti Susu

Didakwa Langgar PKP, Aliff Syukri Buka Mulut Jawab Semua Pertuduhan Didakwa Langgar PKP, Aliff Syukri Buka Mulut Jawab Semua Pertuduhan
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti... Didakwa Langgar PKP, Aliff Syukri Buka Mulut Jawab Semua Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial.

Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu mendakwa, entri yang dimuat naik semalam adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula.“Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesalahan saya?

Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram (IG).“Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto. Takkanlah setiap gambar yang ingin dikongsi perlu ada penjelasan bila dirakam.

“Netizen hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka. Agaknya mereka suka melihat saya sedih, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP,” katanya kepada BH Online.

Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat komen negatif netizen. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.

Kekeliruan juga timbul apabila Aliff Syukri meletakkan perkataan ‘hari ini’ pada keterangan gambar. Ada juga yang mendakwa tindakan itu seakan sengaja ‘memancing’ emosi netizen.

Aliff Syukri turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan dia tidak sensi1tif apabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya. Dakwanya, video itu dirakam tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan natizen..sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun. Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik .. . Kadang kala gambar yang saya posting itu adalah gambar gambar yang lama. – – Tetapi saya sering dikecam dan dihina kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam babi, awak tidak berhak dapat duit, awak sombong. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah. – – Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya. – – Kepada anda yang ingin berniaga sila whatsapp pada no yang tertera. Senang nak buat duit Muslim carola ni boleh wussp manager sy Di bawah👇🏻👇🏻 Azah 0197790422 Rahimah ‭0173742851‬ Mashitah 0163227127

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber : slambermedia

Shares