Roti Susu

“Kurus Bukan Sebab Depresi Tapi …” – Syafiq Kyle “Kurus Bukan Sebab Depresi Tapi …” – Syafiq Kyle
Pelakon Syafiq Kyle menjelaskan keadaan tubuh badannya yang kelihatan semakin susut bukan disebabkan oleh masalah tekanan atau depresi. Kata Syafiq, 28, tekanan kerja yang... “Kurus Bukan Sebab Depresi Tapi …” – Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle menjelaskan keadaan tubuh badannya yang kelihatan semakin susut bukan disebabkan oleh masalah tekanan atau depresi.

Kata Syafiq, 28, tekanan kerja yang dihadapi hanya dalam tempoh sementara dan tidak mengganggu aspek lain terutama fizikal badannya.

“Alhamdulillah, saya terhindar daripada masalah gangguan mental atau emosi tidak stabil. Namun saya ada masalah ‘stress’ setiap kali mendapat watak baru.

“Ramai yang tidak tahu perkara ini. Tapi, memang setiap kali dapat skrip baru saya akan berdepan dengan tekanan untuk memberikan hasil terbaik kepada penonton.

“Malah tahun lalu saya akui mengalami tekanan dalam kerja apabila terbabit dengan kerja tanpa henti daripada awal tahun. Tetapi mujurlah tahun ini saya menyusun karier dengan baik dan lebih teratur,” katanya kepada Gempak.

Syafiq yang ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan dia menurunkan berat badan demi filem terbaharunya yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

“Bulan ini saya akan memulakan penggambaran filem Algojo yang bersifat antihero bersama pelakon Amirul Affendi.

“Disebabkan watak dalam filem ini memerlukan saya menurunkan berat badan, jadi itu yang ramai melihat saya sedikit susut. Dalam filem ini saya memegang watak sebagai ‘street fighter’,” tambahnya.

Saksikan karya lakonan Syafiq Kyle yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang! – Gempak.com

Shares