Roti Susu

Korban ke-4 Covid-19 disahkan di Melaka, 37 kini di ICU Korban ke-4 Covid-19 disahkan di Melaka, 37 kini di ICU
PENULARAN wabak Covid-19 menyaksikan satu lagi kematian direkodkan pada Sabtu.Ia menjadikan empat kes kematian keseluruhan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr... Korban ke-4 Covid-19 disahkan di Melaka, 37 kini di ICU

PENULARAN wabak Covid-19 menyaksikan satu lagi kematian direkodkan pada Sabtu.Ia menjadikan empat kes kematian keseluruhan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media pada Sabtu petang.

“Dukacita dimaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat dua kes kematian akibat Covid-19.

“Kematian ketiga dimaklumkan pada malam tadi (Jumaat) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

“Kes keempat, dilaporkan melibatkan kes ke-238, lelaki Malaysia berumur 50 tahun dari kluster jemaah tabligh.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Failure Infection.

“Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pada jam 1.30 pagi,” ujarnya.

Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham mengesahkan peningkatan 153 kes baharu pada Sabtu, menjadikan keseluruhan seramai 1,183 kes Covid-19 di negara ini.

Daripada jumlah itu, 37 kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk mendapat rawatan lanjut. – Mstar

Shares