Roti Susu

Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Bertarung Dengan COV1D-19 Hingga Sembuh Sepenuhnya! Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Bertarung Dengan COV1D-19 Hingga Sembuh Sepenuhnya!
“Orang anggap saya punca, tapi saya juga mangsa keadaan,” itu luahan seorang lelaki yang pernah bertarung dengan wabak v1rus cov1d-19. Lelaki berusia 32 tahun... Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Bertarung Dengan COV1D-19 Hingga Sembuh Sepenuhnya!

“Orang anggap saya punca, tapi saya juga mangsa keadaan,” itu luahan seorang lelaki yang pernah bertarung dengan wabak v1rus cov1d-19.

Lelaki berusia 32 tahun berasal dari Banting itu kini telah sembuh sepenuhnya 19 Februari selepas didapati positif cov1d-19 pada 7 Februari lalu.

Menurut lelaki yang enggan dikenali namanya itu, dia mula dij4ngk1ti penyakit berkenaan selepas pulang dari Macau, China.

“Ketika itu saya rasa dem4m, badan menggeletar dan s4kit kepala. Selepas melalukan diagnos, barulah doktor mengesahkan saya positif cov1d-19.

“Memang macam tak percaya apa yang saya dengar ketika itu. Tapi saya ikut saja arahan doktor,” katanya. Menurutnya, ketika menerima rawatan di h0sp1tal Sungai Buloh, dia telah diasingkan daripada pes4kit biasa.

“Saya disuntik dengan antibiotik dan dua jenis ubat. Satu untuk bunuh kuman dan satu lagi untuk elak paru-paru berd4rah.

“Memang risau dan waktu itu perasaan agak negatif. Saya tutup mata memikirkan adakah ini pengakhiran hidup saya,” katanya.

Namun menurutnya lagi, pemikiran negatif itu semakin berkurang selepas dia menerima sokongan moral dan nasihat daripada rakan serta keluarga.

“Ketika itu memang ramai netizen menyalahkan saya kerana membawa penyakit ini. Tapi ramai rakan bagi nasihat supaya jangan salahkan diri kerana saya juga adalah m4ngs4. Semuanya di luar kawalan,” katanya.

Jelasnya, selepas mengikuti segala rawatan rapi yang sediakan oleh Hospial Sungai Buloh, dia kemudian disahkan pulih dan bebas daripada v1rus c0v1d-19.

“Sekarang saya masih diarahkan supaya tinggal di rumah dan mengasingkan diri dari luar. Walaupun sudah pulih saya tetap rasa orang ramai masih pandang ser0ng.

“Apapun saya harapkan pengalaman saya dapat membantu rakyat Malaysia memahami v1rus ini. Pakailah penutup muka jika anda tidak sihat dan kurangkan bersentuhan dengan orang ramai,” katanya. [ Sumber ]

Shares