Roti Susu

Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Sofia Jane Dipuji Kekal Cantik Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Sofia Jane Dipuji Kekal Cantik
Sebut sahaja nama Sofia Jane, pasti ramai yang mengenali pelakon cantik berdarah kacukan Inggeris itu. Meskipun sudah berusia 48 tahun, namun ibu kepada empat... Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Sofia Jane Dipuji Kekal Cantik

Sebut sahaja nama Sofia Jane, pasti ramai yang mengenali pelakon cantik berdarah kacukan Inggeris itu. Meskipun sudah berusia 48 tahun, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap cantik dan anggun.

Jarang berkongsikan kehidupan peribadinya kepada umum, perkongsian Sofia Jane di Twitter baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu memuat naik gambar perkahwinannya.

Menerusi entri itu, Sofia menulis ‘Jubli Perak’ bertepatan dengan usia perkahwinan mereka yang memasuki 25 tahun. Sofia turut berkongsikan gambar ketika masih muda dan juga gambar terkini bersama suami, Dato’ Meor Azman Mohamed.

Melihatkan gambar-gambar dikongsikan Sofia Jane, netizen mengagumi kejelitaan pelakon itu yang tidak dimamah usia walaupun perkahwinannya sudah berusia 25 tahun. Malah, ada juga yang bertanyakan rahsia awet muda beliau.


Untuk pengetahuan anda, Sofia Jane suatu ketika dahulu pernah popular dan mula dikenali ramai selepas membintangi filem Mira Edora.

Untuk rekod, Sofia Jane mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman pada 1995 pada usia 23 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Shares