Roti Susu

Kilafairy Dah Berhijab, Neelofa Doa “Semoga Kau Sentiasa Istiqomah” Kilafairy Dah Berhijab, Neelofa Doa “Semoga Kau Sentiasa Istiqomah”
Pelakon Kilafairy mengambil keputusan untuk berhijab. Berita gembira itu dimaklumkan oleh rakannya yang juga merupakan pelakon dan pengacara Neelofa hari ini. Menerusi Insta Story... Kilafairy Dah Berhijab, Neelofa Doa “Semoga Kau Sentiasa Istiqomah”

Pelakon Kilafairy mengambil keputusan untuk berhijab. Berita gembira itu dimaklumkan oleh rakannya yang juga merupakan pelakon dan pengacara Neelofa hari ini.

Menerusi Insta Story miliknya Neelofa melahirkan rasa syukur dengan perubahan Kilafairy dan mendoakan anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu terus istiqomah.

“Aku doakan kau semoga istiqomah, semoga Allah tak bolak balikkan hati kau, kuatkan iman tingkatkan iman. Semoga kau dapat ilmu bermanfaat dan boleh lagi menjadi wanita solehah.

“Yang boleh dicontohi dan menjadi teladan orang. Yang bahagia dan tenang serta disayangi ramai. InsyaAllah,” ujarnya.

Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila ini juga juga turut berkongsi foto terbaharunya dengan imej berhijab di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa syukur dengan perubahan wanita cantik itu.

 

View this post on Instagram

 

Visiting this new mommy, @sfarahliyana 🧡 #15yearsandstillcounting

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Terdahulu, Kila sebelum ini sering kali dikaitkan sebagai artis wanita seksi.

Namun pada awal Februari lalu, Kila meluahkan hasrat untuk berubah dan mengubah imej seksi yang cukup terkenal dengan dirinya. – Gempak.com

Shares