Roti Susu

Ada Orang Bantu Ogy Settle Hutang, Sekali Khir Rahman Bagi Nasihat Pedas Ada Orang Bantu Ogy Settle Hutang, Sekali Khir Rahman Bagi Nasihat Pedas
PENGARAH teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyambut baik inisiatif dilakukan segelintir pihak yang ingin membantu penerbit, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengumpulkan... Ada Orang Bantu Ogy Settle Hutang, Sekali Khir Rahman Bagi Nasihat Pedas

PENGARAH teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyambut baik inisiatif dilakukan segelintir pihak yang ingin membantu penerbit, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengumpulkan kewangan bagi melunaskan bayaran tertungak.

Khir, 47 dihubungi berkata dia melihat perkara itu sebagai kelebihan kepada golongan selebriti dikenali apabila ada pihak mungkin pada kalangan peminat setia dan fanat1ik sudi tampil membantu.

“Saya bersangka baik saja dan berharap pihak berkenaan ikhlas tampil mahu membantu kak Ogy menyelesaikan kemelut hut4ng yang berlaku. Inilah namanya rahmat dan nikmat buat kak Ogy dalam berhadapan ujian ini.

“Apa yang pasti, selepas cerita bayaran ini hangat di media kak Ogy memang ada usaha untuk menyelesaikannya. Dua hari lalu, ada surat daripada peguamnya yang dihantar.

“Kak Ogy kini giat mengumpul kewangan untuk menyelesaikan tuntutan bayaran kepada semua pelakon dan kru produksi teater yang dijangka mahu dilunas sebelum sambutan Aidilfitri ini,’ katanya kepada Harian Metro.

Menurut Khir Rahman , ini bukan pengalaman pertamanya berdepan isu tidak dibayar selepas hasil kerja disiapkan. Ujarnya, sudah banyak kali teater yang dijayakan tidak mendapat bayaran.

“Berdasarkan pengalaman tak dapat bayaran yang lalu, saya hanya diamkan diri kerana bukan cara nak bergadvh dengan orang untuk menuntut wang milik kita.

“Tapi, sekarang saya bersuara kerana tanggungjawab sebagai pengarah. Apatah lagi, kebanyakan pelakon yang terbabit untuk teater itu sanggup buat pun kerana kayakinan pada saya,” katanya.

Ditanya mungkin juga disebabkan penularan pandemik Cov1id- 19 dalam negara ketika ini menjadi sebab kewangan terjejas, Khir berkata dahulu tak ada kemunculan w4bak pun, tetap sahaja penerbit lari dan tidak lunaskan bayaran.

Apapun, katanya dengan isu bayaran tertunggak teater Korupsi Dewan Semandung ini akan membuka mata kepada golongan penerbit dan memberi pengajaran supaya tidak lari daripada menulaskan hvtang

Teater Korupsi Dewan Semandung dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dengan barisan pelakon seperti Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Syura Badron, Douglas Lim, Man Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.

Berikut reaksi netizan :

Itulah masa haritu bukan main hentam netizen..kifarah ade utk org2 sombong mcmni. Bulan puasa ni baik lah didik diri jaga mulut jaga akhlak. Jangan orang lemp4r tahi kita pun nak ikut sama.

Kalau macam tu apa kelebihan umat Islam dengan Nabi Muhammad yang dilantik jadi rasul kalau kita tak mau contohi sifat baginda?

Dia dah buat salah ada la bahagian untuk dia. Ni kita ikut mengata pula nanti ada juga bahagian untuk kita. Hari ini orang susah kita bantu orang, esok kita susah orang pula bantu kita. [ sumber ]

Shares