Roti Susu

Jangan Salahkan Jin, Kesan Lebam Pada Kulit Berkait Dengan Kesihatan Dalaman Jangan Salahkan Jin, Kesan Lebam Pada Kulit Berkait Dengan Kesihatan Dalaman
Dahulu ramai yang percaya jika adanya kesan lebam pada tubuh selepas bangun daripada tidur ianya adalah perbuatan jin yang menggigit. Tahukah anda ianya adalah... Jangan Salahkan Jin, Kesan Lebam Pada Kulit Berkait Dengan Kesihatan Dalaman

Dahulu ramai yang percaya jika adanya kesan lebam pada tubuh selepas bangun daripada tidur ianya adalah perbuatan jin yang menggigit. Tahukah anda ianya adalah kepercayaan karut atau pun mitos?

Kesan lebam atau pun memar merupakan tanda kebiruan pada kulit disebabkan oleh keluarnya darah dari pembuluh darah ke jaringan kulit. Ini biasanya berlaku akibat daripada kecederaan, sama ada terjatuh atau pun dipukul.

Kesan lebam tanpa sebab yang jelas berkemungkinan besar disebabkan oleh purpura simplex, iaitu kerapuhan dinding pembuluh darah sehingga menyebabkan darah merembes keluar dari jaringan bawah kulit.

Memar atau lebam ini biasanya terjadi kepada wanita akibat pengaruh hormon terutamanya ketika datangnya haid.

Antara faktor lain yang menyebabkan memar purpura simplex timbul pada tubuh ialah:

  • cepat penat
  • tekanan psikologis
  • usia
  • alahan
  • sering terdedah kepada cahaya matahari
  • aktiviti bersukan

Tanda lebam ini yang disebabkan purpura simplex tidak akan menyebabkan kesakitan seperti ngilu, bengkak, demam atau gejala pendarahan pada bahagian tubuh yang lain. Ianya tidak berbahaya kerana memar akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh masa beberapa hari.

Namun sekiranya memar datang dengan gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas, maka wajiblah anda berjumpa dengan pakar perubatan kerana ianya berkemungkinan disebabkan daripada gejala seperti:

1. ITP (Idiopatik Trombositopenia Purpura)

Gejala ini merupakan gejala penurunan kadar platlet darah yang menjalankan fungsi sebagai mekanisme pembekuan darah. Sekiranya platlet darah berkurang, maka ianya akan menyebabkan pendarahan di bawah kulit mudah terjadi (memar).

2. Demam Denggi Berdarah

Gejala ini akan disertakan bersama demam panas, pedih hulu hati, mual dan sakit pada sendi.

3. Hemofilia

Gejala ini menyebabkan gangguan pada faktor pembekuan darah dan ianya jarang terjadi. Biasanya, gejala ini disertai dengan sejarah luka yang sukar kering.

4. Gangguan dinding pembuluh darah

Pelbagai sebab boleh menjadi punca kepada gejala ini, antranya ialah autoimun, ubat-ubatan dan sebagainya.

Jadi selepas ini kalau timbul gejala memar, jangan salahkan jin terus ya.

Sumber: ODISI

Shares