Roti Susu

Kembali 3 digit, terkini 172 kes baharu positif Covid-19 Kembali 3 digit, terkini 172 kes baharu positif Covid-19
SEBANYAK 172 kes baharu jangkitan Covid-19 dan merekodkan 7,417 kes positif keseluruhan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12... Kembali 3 digit, terkini 172 kes baharu positif Covid-19

SEBANYAK 172 kes baharu jangkitan Covid-19 dan merekodkan 7,417 kes positif keseluruhan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripada 172 kes baharu itu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Beliau berkata, daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia termasuk 112 di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) iaitu di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua kes di DTI itu sudah diasingkan serta dikawal pihak berkuasa dan hanya terdapat lapan kes membabitkan rakyat tempatan.

“Daripada keseluruhan kes itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,323 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Terdapat pertambahan 34 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 5,979 kes dengan kadar kesembuhan 80.6 peratus.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber –HM

Shares