Roti Susu

Dituduh Ketawakan Orang Miskin, Keputusan Yang Diambil Syifa Melvin Buat Ramai Tergamam! Dituduh Ketawakan Orang Miskin, Keputusan Yang Diambil Syifa Melvin Buat Ramai Tergamam!
KEMARAHAN netizen terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Syifa Melvin masih belum reda sehingga memaksanya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram. Menurut... Dituduh Ketawakan Orang Miskin, Keputusan Yang Diambil Syifa Melvin Buat Ramai Tergamam!

KEMARAHAN netizen terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Syifa Melvin masih belum reda sehingga memaksanya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram.

Menurut Syifa, kenyataannya dalam satu video yang tular baru-baru ini telah disal4h erti oleh netizen dan dia tidak berniat mengh1ina orang m1iskin atau penghuni rumah setinggan.

“Saya gelak dalam video itu bukan sebab ketawakan orang miskin duduk PPRT, apa maksud saya apabila kita pakai tudung dengan material cantik dan mewah, di mana pun kita berada kita akan ada keyakinan diri.

“Itu maksud saya… bukan nak mengutvk atau menghi1na orang yang tak berkemampuan, kami pun bukan kaya, kalau kaya tak wujud bisnes.

“Tapi orang dah salah tafsir sehinggakan terlalu banyak kec4man diterima sampai orang salah sangka dan timbul fitn4h,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

  • Syifa membuat rakaman video permohonan maafnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, tular rakaman video di laman sosial memperlihatkan Syifa bersama seorang jurusolek sedang membuat tutorial memakai turban.

Kenyataan dan perbualan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu yang dianggap seakan-akan menghi1na golongan bawahan mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi lap0ran mStar pada Jumaat lalu, Syifa mengakui kesilapan diri dan membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya itu.

  • Syifa tidak bermaksud mengh1ina mana-mana pihak.

Mengulangi pendirian yang sama, pelakon drama Sis Cuba ini berharap orang ramai tidak terus menghent4m dirinya kerana dia benar-benar tidak bermaksud untuk mengecilkan mana-mana pihak.

“Saya mohon maaf semua orang yang baca dan tengok video tersebar tu pertama kali orang mar4h takkan terima apa kita terangkan.

‘Saya harap orang yang sebarkan video asalnya berhenti tabur fitnah, jauh dari sudut hati saya tak hi1na sesiapa pun,” ujarnya. –Sumber

Shares