Roti Susu

“Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” – Aliff Syukri “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” – Aliff Syukri
TINDAKAN pelawak Ali Puteh yang tiba-tiba melenting terhadap Datuk Seri Aliff Syukri mengundang tanda tanya usahawan kosmetik itu. Kata Aliff, dia tidak faham mengapa... “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” – Aliff Syukri

TINDAKAN pelawak Ali Puteh yang tiba-tiba melenting terhadap Datuk Seri Aliff Syukri mengundang tanda tanya usahawan kosmetik itu.

Kata Aliff, dia tidak faham mengapa kehadirannya ke rumah balu Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan disalah ertikan adik arwah.

“Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah sebab saya lihat dia memerlukan.”Saya bertanya khabar dan saya disambut baik oleh mereka. Semua soalan yang saya tanya sudah dipersetujui mereka.

“Bukan saya suka-suka tanya, harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang,” katanya menerusi Instagram pada Rabu, malam.

Aliff menjelaskan mengenai muat naik Ali di platform yang sama, mendakwa kunjungannya ke rumah Abam mengguris hati ibu dan keluarga arwah.

Terdahulu Ali mencabar Aliff untuk bersemuka bagi menyelesaikan mengenai hal tersebut.”Aliff syukti… aku cabar kau jumpa aku dan keluarga.”Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!,” tulis Ali di Instagram.

Difahamkan kemarahan Ali berpunca daripada tindakan Aliff membuat rakaman sepanjang berbual dengan isteri arwah Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali. Rakaman itu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Aliff. – Mstar

Shares