Roti Susu

‘Kembar’ Billie Eilish tak melatah dicop perasan, dedah kisah di sebalik pemakaian baju besar ‘Kembar’ Billie Eilish tak melatah dicop perasan, dedah kisah di sebalik pemakaian baju besar
“KALAU Billie Eilish pakai tudung mesti sama 100 percent”. Itu antara reaksi netizen pada posting gambar seorang gadis yang dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi... ‘Kembar’ Billie Eilish tak melatah dicop perasan, dedah kisah di sebalik pemakaian baju besar

“KALAU Billie Eilish pakai tudung mesti sama 100 percent”.

Itu antara reaksi netizen pada posting gambar seorang gadis yang dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat (AS), Billie Eilish.

Foto Ain Nabila Natasya menjadi tular selepas dia berkongsi gambar perbandingan wajah dengan penyanyi remaja itu di Twitternya.

Postingnya dengan kapsyen ‘Belle.Billie.’ mendapat 8,000 ulang kicau dan 26,200 tanda suka di platform media sosial itu.

Mesra disapa Belle, gadis berusia 21 tahun itu mengakui dia memuatnaik gambar perbandingan tersebut sekadar untuk suka-suka kerana terikut trend di Twitter.

“Sebenarnya tweet tu just for fun sebab sebelum ni bila saya guna DP (default picture) muka sendiri, tiba-tiba ada orang DM saya cakap muka saya macam Billie Eilish.

“Lepas tu saya letak gambar saya dengan Bilie Eilish. Saya tak de niat pun nak orang kata muka kami sama sebab saya ikut trend di Twitter. Tapi tak sangka tweet tu blow up,” katanya kepada mStar.

Menurut gadis berusia 21 tahun itu, ini bukan kali pertama orang ramai menyamakan mukanya dengan penyanyi remaja tersebut.

“Pernah waktu saya balik kampung, masa makan dekat sebuah restoran ada seorang waiter tu tegur ‘hi you kan Billie Eilish Twitter’. Tapi saya pun senyum jelah.

“Lepas tu bila dekat parking KLCC saya ingatkan orang tu minta tolong ambilkan gambar tapi dia ajak saya gambar sama-sama. Saya tanya kenapa? Dia kata kenal saya sebab gambar Billie Eilish tu,” katanya.

Namun Belle berpendapat dirinya berbeza dengan penyanyi berusia 18 tahun.

“Bagi saya kami tak sama langsung tapi orang kerap beritahu saya muka kami ada iras-iras. Saya bersyukur kerana ada muka mirip dia.

“Orang pun pernah kata dalam dunia ni ada tujuh orang yang muka sama macam kita. Bukan adik-beradik mahupun saudara-mara tapi memang ada seiras muka kita,” katanya.

Pada masa sama, Belle turut mendedahkan dia amat meminati penyanyi tersebut dan menggemari cara dia berpakaian.

“Tidak dinafikan saya peminat tegar dia. Saya suka lagu-lagu dia… sangat menenangkan. Kalau stress bila dengar je lagu tu akan beri motivasi kepada diri saya.

“Saya start pakai baju baggy selepas tengok fesyen dia. Lagipun dulu saya selalu kena bodyshame sebab berat badan saya naik mendadak. Sebelum ni saya atlet tapi doktor nasihatkan saya untuk berhenti selepas cedera hamstring.

“Jadi bila pakai baju oversize ni saya rasa lebih selamat dan orang jarang hina kita. Lagipun Islam sendiri pun ajar kita untuk pakai baju longgar dan tidak menjolok mata,” katanya.

Mengenai kecaman netizen terhadap postingnya itu, Belle bagaimanapun tidak ambil peduli semua komen negatif tersebut.

“Sejujurnya saya memang kecil hati bila ada orang cakap saya perasan macam dia. Niat saya hanyalah nak bergurau tapi ada yang ambil serius. Tapi apa pun komen netizen saya terima dengan positif.

“Itu hanyalah pendapat masing-masing. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Orang tak suka nak buat macam mana kan. Jadi saya abaikan semua komen negatif tu,” katanya.-mstar

Shares