Roti Susu

Kemaluan Terkoyak, Pelajar Tingkatan Tiga Dirogol Kenalan Facebook Kemaluan Terkoyak, Pelajar Tingkatan Tiga Dirogol Kenalan Facebook
Baru seminggu berkenalan di Facebook, seorang pelajar tingkatan tiga di rogol tengah malam kelmarin di sebuah hotel dekat Bahau. Menerusi Harian Metro, mangsa yang... Kemaluan Terkoyak, Pelajar Tingkatan Tiga Dirogol Kenalan Facebook

Baru seminggu berkenalan di Facebook, seorang pelajar tingkatan tiga di rogol tengah malam kelmarin di sebuah hotel dekat Bahau.

Menerusi Harian Metro, mangsa yang baru saja berusia 15 tahun itu pada awalnya keluar mengikut seorang lelaki yang berumur 32 tahun pada jam 12 tengah malam dengan menaiki kereta.

Mangsa dibawa ke hotel kemudiannya dirogol lelaki tersebut. Pada jam 8 pagi esoknya, lelaki itu membawa mangsa bersiar-siar di sekitar Seremban sebelum menghantar mangsa balik ke rumah pada jam 10 malam.

Laporan polis telah dibuat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan mendapati kemaluan mangsa terkoyak. Lelaki itu kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

Shares