Roti Susu

20 tahun tinggal di longgokan sampah, Keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba 20 tahun tinggal di longgokan sampah, Keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba
Keadaan yang daif itu membuatkan air mata pendakwah terkenal, Ebit Lew jatuh membasahi pipi sekali lagi. “Menangis lagi hari ini di Kelantan. Tiga longgokan... 20 tahun tinggal di longgokan sampah, Keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba

Keadaan yang daif itu membuatkan air mata pendakwah terkenal, Ebit Lew jatuh membasahi pipi sekali lagi. “Menangis lagi hari ini di Kelantan. Tiga longgokan sampah sangat besar. Ada tiga pondok kecil di situ yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung.

Sayu melihat sebuah keluarga yang tinggal di beberapa pondok kecil dan usang di Pasir Mas, Kelantan sejak 20 tahun lalu. Rumah yang menjadi tempat berteduh daripada hujan dan panas itu berdiri teguh tanpa kemudahan tandas di tempat pembuangan sampah.

“Sedihnya rasa. Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan, tadah air. Makcik tua umur 70-an bersama anak cucunya di situ selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. “Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal di situ,” tulis Ebit di halaman Facebooknya, Rabu malam.

Malahan Ebit mengakui mendengar kisah hidup keluarga itu membuatkan beliau menangis sehingga mengimbas kembali keperitan yang pernah dialaminya sebelum ini.

“Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

“Saya pujuk mereka untuk pindah dan saya nak bayar semua sewa dan bil api air insyaAllah. Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah. Tak sangka senang ajak,” tambahnya.

Berdasarkan perkembangan terkini, keluarga berkenaan yang tinggal di pondok kecil tanpa tandas kini ditempatkan di sebuah rumah batu yang disewa oleh pendakwah itu.

“20 tahun diuji hidup di sini selesai dalam masa dua jam pindah ke rumah baharu sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini.

“Saya belikan peti ais, mesin basuh, kipas, cerek elektrik, rice cooker dan dua katil besar dan dua katil single dengan tilam dan bantal. Syukur sangat rasanya.

“Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya,” katanya sambil memberi semangat kepada anak muda yang masih belajar.

Ebit berulang kali mengucapkan kesyukuran kerana dapat membantu keluarga itu, terutama sebaik melihat air mata kegembiraan dan senyuman mereka.

“Katanya tak sangka boleh dapat rumah begini. Sebelum ini tandas pun tiada. Bau sampah. Bayangkan seluruh sampah macam tiga bukit. Mereka tinggal di tengah-tengah. “Kita satu bakul sampah je dalam rumah cepat buang ke luar. Ya Allah maafkan saya ye makcik. Maafkan saya adik. Doakan saya. Hari ini ujian adik.

“Yakinlah adik akan jadi seorang yang mulia dan baik akan bantu ramai manusia dalam dunia. Ada rahmat di sebalik semua,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga berkenaan mendiami rumah baharu.

Lebih menghibakan apabila Ebit mendedahkan bahawa beliau sebenarnya mengetahui nasib yang menimpa keluarga yang tinggal di pondok itu, sejak awal Ramadan. Namun, beliau hanya berkesempatan bertemu dengan keluarga tersebut pada 20 Ramadan.

“Saya tahu pasal mereka awal Ramadan, tapi baru hari ini sampai. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat,” katanya. – Mstar

Shares