Roti Susu

‘Kelip-Kelip Merah’ Dalam Aircond Bongkar Perangai Bapa Durjana ‘Kelip-Kelip Merah’ Dalam Aircond Bongkar Perangai Bapa Durjana
DALAM rumah sendiri pun dah tak selamat, itulah gambaran kisah yang berlaku terhadap seorang remaja perempuan. Segalanya bermula selepas gadis berusia 16 tahun itu... ‘Kelip-Kelip Merah’ Dalam Aircond Bongkar Perangai Bapa Durjana

DALAM rumah sendiri pun dah tak selamat, itulah gambaran kisah yang berlaku terhadap seorang remaja perempuan.

Segalanya bermula selepas gadis berusia 16 tahun itu menyedari sesuatu yang tidak kena pada penyaman udara (aircond) di dalam bilik tidurnya.

Kejadian itu didedahkan oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi menerusi perkongsian laman Facebook mengenai kes pencabulan membabitkan dua beradik.

“Sewaktu anak gadis mereka selfie di dalam bilik tidurnya, dia perasan ada kelip-kelip merah di aircondnya sewaktu flap (penutup) aircond dibuka dan ditutup.

“Sangat pelik katanya dan kemudian beritahu maknya. Jadi ibu dan mangsa membuat laporan polis dan siasatan forensik dilakukan,” tulisnya yang merujuk kepada kamera tersembunyi dipercayai diletakkan di dalam penyaman udara di bilik tidur mangsa.

Namun Syed Azmi yang terkenal sering membantu dalam pelbagai kes kanak-kanak dan remaja terutama isu seksual berkata, mangsa kemudian membuat pendedahan membabitkan bapanya.

“Si anak baru beranikan diri cerita kepada ibu apa yang si ayah buat padanya. Dikatakan semua ini berlaku kepadanya sejak umurnya 10 tahun.

“Kerap masuk bilik bila ibu tak ada, sewaktu bercuti atau balik kampung… menyentuh, meraba dan meramas badan serta mencium mulut mangsa,” katanya.

Menurut Syed Azmi, bapa mangsa turut didakwa menyelitkan buku lucah di bawah pintu bilik selain membuat gangguan menerusi aplikasi WhatsApp.

Tambahnya, insiden tersebut telah menimbulkan ketegangan antara suami dan isteri.Bagaimanapun, satu lagi pendedahan daripada seorang anak pengadu menyebabkan laporan polis dibuat sekali lagi.

“Anak mereka yang seorang lagi berkata, ‘mama, i know no one should touch my private part except papa right? (mama, saya tahu tak ada siapa yang boleh sentuh alat sulit saya kecuali papa kan?),” ujar Syed Azmi.

Bercakap kepada mStar, Syed Azmi berkata, kedua-dua kes membabitkan dua beradik itu masih dalam siasatan polis tetapi enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang mangsa.

“Mangsa yang berani berkata tentang tiada sesiapa yang patut sentuh alat sulitnya selain bapanya merupakan pelajar sekolah rendah, adik kepada mangsa berusia 16 tahun.

“Dalam kes ini, saya respect kepada kanak-kanak itu kerana dia berani untuk bersuara kerana kebanyakan kanak-kanak sukar untuk membuat pengakuan.

“Saya juga kagum ibu mangsa kerana dia mempercayai kata-kata anak-anaknya dengan bertindak mengikut lunas undang-undang menerusi laporan polis,” katanya kepada mStar.

Walaupun kedua-dua kes masih dalam siasatan, Syed Azmi meminta semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil menjadikan insiden tersebut sebagai iktibar.

“Masyarakat juga tidak seharusnya hanya mendengar atau mempercayai kata-kata daripada sebelah pihak sahaja sehingga menyebabkan pihak satu lagi dituduh.

“Apapun yang berlaku, saya berharap siasatan dijalankan ke atas kedua-dua pihak iaitu ibu dan ayah mangsa bagi mendapat kesimpulan yang adil,” ujar Syed Azmi. – Mstar

Shares